Peranti

honor 9 LITE – SPESIFIKASI HEBAT PADA HARGA RM749 SAHAJA

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menandatangani usahasama rasmi dengan honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite.

Dijual secara eksklusif di platform Shopee, usahasama itu membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia membeli telefon pintar 4-kamera tersebut pada harga istimewa RM699 sahaja (harga pasaran: RM749) untuk masa terhad pada 9 Mac 2018.

honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian yang menawarkan lebih 400 jenama terkemuka dan pengedar sah.

“Malaysia merupakan pasaran global pertama kami semasa pelancaran honor View10 Crush Red. Kini kami berbangga untuk memperkenalkan siri honor Lite buat pertama kali untuk pasaran tempatan – lazimnya kami melancarkan produk baharu di pasaran Eropah dan India.

“Honor 9 Lite akan menjadi teman setia peminat tegar swafoto dengan dua kamera hadapan,” kata Ketua honor Malaysia, Zhao Zhiwei.

Empat Kamera HD

honor 9 Lite menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian hadapan dan belakang. Ia membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik.

Dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaik taraf dan boleh diubahsuai, serta kesan ‘bokeh’ setaraf standard perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto.

Direka dengan ciri-ciri yang praktikal, honor 9 Lite menampilkan kualiti buatan yang terbaik. Telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa ‘bezel’ FullView HD dan kemasan seakan-akan cermin dengan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, menjanjikan penggunanya rekaan yang mewah.

Berprestasi Tinggi

honor 9 Lite dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 659. Ia turut dilengkapi 3GB RAM dan ruangan storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB). Bateri berkuasa 3,000mAh itu pula boleh menampung penggunaan harian.

Telefon ini boleh didapati dalam variasi warna Sapphire Blue dan Glacier Gray.

Bagi meraikan pelancaran ini, Shopee menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi telefon honor 9 Lite.

Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram. Kemudian leta keterangan kenapa sebab mereka rasa rakan baik mereka adalah seorang yang cantik atau kacak, tag pada @shopee_my dengan hashtag #ShopeeXhonor.

Dua pemenang bertuah akan memenangi sebuah honor 9 Lite untuk mereka dan rakan mereka. Manakala 10 pemenang lain menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling Shopee setiap seorang.

Selain itu, dari 7 hingga 9 Mac, pengguna Shopee boleh bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor’ yang menawarkan hadiah sebuah honor 9 Lite setiap hari. 

150 pembeli pertama honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybelline New York bernilai RM50.

Nantikan kejutan yang mengujakan daripada jenama solekan No 1 Malaysia yang diispirasikan daripada trend terhangat dari New York yang akan bekerjasama dengan honor pada sambutan ‘Hari honor’.

Maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my atau www.hihonor.com.my. Untuk mendapatkan tawaran eksklusif sempena pelancaran ini, layari www.shopee.com.my/honormy.officialstore. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

Google ads
Back to top button