Buletin

HONDA CIVIC TYPE-R TC – KERETA LUMBA YANG BOLEH DIBELI (KALAU MAMPU LAA…)

Apa yang akan anda beli jika minat kereta JDM – H tapi belum kesampaian nak beli NSX yang berharga jutaan ringgit tapi nak berlumba dengan kereta empat pintu?

Nah, ini pilihan dia. Honda CIvic Type-R TC, kereta lumba yang memang direka untuk berlumba yang diasaskan daripada model FK8R. Ya. sebuah CIvic Type-R dengan satu kerusi, rollcage bersilang dan tak boleh bawak makwe.

Kereta ni ditawarkan dengan pakej perlumbaan tapi kat Amerika sana lah. Ia dibuka kepada tempahan bagi mereka yang nak masuk perlumbaan SRO Touring Car Americas untuk kelas TC , SCCA T2 , dan NASA ST5 dan kelas E2. Sebenarnya, Abang Japar haram tak tahu kelas apa ni.

Biasala Amerika mana maunya sama dia dengan orang lain.

Apa istimewanya?

Kereta ni dibina oleh Honda Performance Development (HPD) Amerika dengan kerangka Honda Civic FK8R yang telah diperkuatkan lagi casisnya. Ia turut didatangkan dengan radiator dan penyejuk minyak baru, sistem ekzos dengan downpipe saluran baru dan juga LSD perlumbaan.

Tangki bahanapi juga digantikan kepada jenis luaran dengan kapasiti 16 gelen dengan kelulusan spesifikasi FIA.

Enjinnya masih menggunakan unit sama Civic Type R tetapi telah ditala kepada 270 kuasa kuda hingga 330 kuasa kuda, bergantung pada spesifikasi mana yang anda nak. Tork? 400Nm. Gila juga lah.

Kuasanya disalurkan kepada kotak gear enam kelajuan manual bagaimanapun ia diperkuatkan dengan ratio gear tiga dan empat yang diperbaharui.

Di bahagian dalaman seperti yang dapat anda lihat, ia datang dengan sangkar perlumbaan serta sebuah kerusi OMP perlumbaan dengan talipinggang perlumbaan enam titik.

Jadi… berapa duit ni?

Lebih kurang RM360,000 duit Malaysia dan pembeli akan dapat lessen perlumbaan HPD Bersama kursus Honda Racing Line. Kalaupun tak berlumba, kereta ini akan “dijaga” oleh HPD sepanjang pemilikan. Maksudnya kau tak bolehlah beli parts dia kat Jalan Ipoh sana.

Google ads
Back to top button