Buletin

IKLANPILIHAN: HONDA CIVIC MUGEN RR ORIGINAL! UNREGISTER!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terdapat sebuah jentera yang sangat RARE tersedia untuk diniagakan.

Jentera ini bernama Honda Civic Mugen RR tahun 2011. Original ABA-FD2 ye, bukan “Convert”. Untuk pengetahuan, jentera ini hanya dihasilkan sebanyak 300 unit sahaja di muka bumi ini. Unit yang anda nampak ini merupakan unit ke 68 daripada 300 unit.

Jentera ini datang dengan warna aslinya iaitu Milano Red dan tidak ada kerja “Touch Up” dilakukan selepas sampai di Malaysia. Yang anda nampak ini adalah warna asli.

Dari segi kuasa, jentera ini lebih berkuasa dimana kuasa yang dihamburkan ialah 237hp pada 8,000rpm dan 218Nm daya kilas pada 7,000rpm berbanding 222hp dan 215Nm daya kilas pada Honda Civic FD2 Type R.

Antara yang menarik adalah jentera ini dilengkapi oleh kerusi hadapan dari jenis Recaro SP-X. Pelbagai lagi aksesori daripada Mugen yang ada pada jentera ini dan membuatkannya lebih istimewa daripada FD2R biasa.

Sistem Suspensi juga dinaiktaraf dimana set penyerap hentak dibekalkan sendiri oleh pihak Mugen. Begitu juga dengan sistem brek dimana set pelapik brek dibekalkan oleh pihak Mugen.

Berapa harganya ? Mahal ke ?

Mahal Tuan-Tuan.

RM2XX,XXX. Senang cerita dekat RM300k

Kenapa mahal ? Well, bila dah jadi “Collector Item” ni, harganya memang tak munasabah. Jika kita selusuri sejarah, tak pernah lagi ada jentera Type R yang makin murah(kecuali FD2R dan FN2R keatas).

EK9 Type R, masuk akal ke harganya ?

NSX, ada duit belum tentu boleh dapat.

DC2R, macam umur kita, makin lama makin naik.

Jadi, untuk memiliki sebuah jentera yang hanya dibuat sebanyak 300 unit sahaja, pastinya harga yang tinggi perlu dibayar kerana permintaan yang ada adalah dari seluruh dunia, bukan satu kampun ataupun satu daerah.

Mungkin ada yang cakap, eleh Civic je pun nak jual mahal-mahal. Bukan laju pun. Bukan brand mahal pun. Dan macam-macam lagi.

Ini bermakna jentera ini bukan untuk anda.

Ini game orang ada-ada. Game “aku ada dan kau tiada”, “aku mampu dan kau tak mampu”. Jentera ini masih mencari pemilik barunya di Malaysia ini.

Jika anda rasa anda seorang yang terpilih untuk memiliki jentera ini, hubungi saya di

0127879593 – YAZID

*Bagi yang arif tentang model ini, mungkin anda akan perasan apa yang tiada pada jentera ini. Jangan risau, benda yang tiada itu akan diadakan ketika urusan jual beli dilakukan.

Google ads
Back to top button