Buletin

KARLMANN KING – SUV PALING MAHAL DI DUNIA, RM8 JUTA, SIAP ADA PETI SEJUK & MESIN KOPI NESPRESSO

Direka oleh firma dari China, IAT, SUV yang dikenali sebagaiKarlmann King menawarkan pengalaman eksklusif yang tiada tandingannnya.

Anda boleh memiliki sebuah Karlmann King pada harga AS$2 juta (RM8 juta) untuk model asas atau AS$3.8 juta (RN$.8 juta) jika memilih semua pilihan modifikasi, termasuklah kerangka kalis peluru.

Saiznya cukup besar sehingga memaksa IAT menggunakan Ford F550 sebagai asas. Selain dipasang dengan enjin V10 bersesaran 5.8 liter daripada Ford yang dikatakan mampu menjana kuasa mencecah 400hp.  

Walaupun dengan kuasa itu, Karlmann King hanya boleh memecut selaju 140km/j. Memang perlahan untuk standard kenderaan sekarang, tetapi dengan badan selebar 2.5 meter dan seberat enam tan, perkara itu tidak dapat dielakkan.

Ruang kabin jentera ini cukup mewah dengan lampu ambien, TV boleh lipat, peti sejuk, mesin kopi Nespresso, PlayStation 4 dan meja yang dioperasi secara elektrik.

Menurut IAT, pembeli boleh mendapatkan versi enam pintu dengan enam tempat duduk. Kalau nak beli kena cepat kerana hanya sembilan unit Karlmann King akan dihasilkan.

GALERI 

Google ads
Back to top button