Buletin

BMW TUNDA PENGELUARAN KERETA ELEKTRIK KERANA IA TIDAK MENGUNTUNGKAN

BMW mungkin antara pengeluar yang agak perlahan dalam pembangunan kereta berteknologi elektrik (EV). Walaupun sedang gigih melakukan ujian dan pembangunan kereta EV, dalam satu kenyataan baru-baru ini, BMW jelas belum bersedia melakukan pengeluaran besar-besaran.

CEO BMW, Harald Kruege memberitahu Automotive News Europe, mereka menunda kesemua projek kenderaan EV sekurang-kurangnya sehingga tahun 2020 kerana teknologi EV yang ada hari ini jelas tidak memberi keuntungan setimpal dengan pengeluaran. Dengan kata lain, Krueger mahu menunggu sehingga teknologi ini berkembang dan lebih murah kerana tiada siapa yang ingin rugi dalam perniagaan.

BACA: SKUTER ELEKTRIK, BMW C EVOLUTION

“Kami mahu menunggu hingga ke generasi kelima supaya mendapat kos yang lebih kompetitif,” Krueger memberitahu penganalisis di Munich pada Khamis lepas. “Kami tak mahu mengembangkan pengeluaran EV generasi keempat,” beliau menambah.

BMW i3 merupakan satu-satunya kereta EV dari firma Jerman itu buat masa ini namun ia akan berubah sepenuhnya bila i4 memasuki produksi kelak. i4 dijangka memberi saingan terus sebagai sedan bersaiz penuh untuk menyaingi Tesla Model S.

“Jika ingin memenangi perlumbaan, anda mesti ada kos yang kompetitif. Jika tidak, anda tidak akan mampu mengmbangi skala pengeluaran,” beliau menambah.

Walaupun penganalis melihat BMW ketinggalan dalam pembangunan EV, Krueger bersama pasukannya telah membuat keputusan perniagaan yang betul. Melabur dengan pulangan yang kecil tentunya bukan pilihan mereka sekarang.

Menunggu sehingga teknologi EV benar-benar matang adalah sesuatu yang bijak. BMW sudahpun mengumumkan penambahan pelaburan USD$8.6 billion dalam R&D dengan sasaran penghasilan sebanyak 25 model kereta berasaskan EV menjelang 2025

 

 

Google ads
Back to top button