Buletin

KEDAI SERBANEKA 7-ELEVEN BAKAL SEDIAKAN STESEN PENGECAS EV

Di Amerika, adalah menjadi kebiasaan untuk melihat kedai serbaneka 7-Eleven menjual bahan api petrol dan juga diesel di kedai mereka. Keadaan ini juga hampir sama di Malaysia dengan kewujudan beberapa premis 7-Eleven yang bersambung terus dengan stesen minyak dari jenama yang berbeza

Menyedari hakikat perkembangan teknologi EV dan penerimaan pengguna, syarikat 7-Eleven di Amerika merancang untuk membuka dan menyediakan 500 poin pengecasan EV di seluruh premis mereka di Amerika menjelang akhir tahun 2022. Poin pengecasan EV ini akan diuruskan oleh pihak 7-Eleven sepenuhnya.

Berbeza dengan penyedia poin pengecasan EV yang baru diwujudkan dan terpaksa menggunakan ruang yang terhad di parkir supermarket atau kawasan parkir kosong, lokasi kewujudan premis 7-Eleven yang sedia ada sudah pun cukup strategik menjadikannya satu kelebihan yang bagus untuk perniagaan

Satu kelebihan lain pada 7-Eleven ialah mereka boleh terus menggunakan sistem pengecasan pantas DC yang baru diperkenalkan berbanding dengan pengecas tahap 2 yang lama. Dengan konsep 7-Eleven sebagai kedai serbaneka, ia memberi peluang pada pemandu berehat seketika selepas perjalanan jauh sewaktu kereta EV mereka dicas.

Dari segi penerimaan sistem pengecasana EV, model pengecasan pantas DC boleh mengecas kereta EV yang lama dan juga baru tanpa sebarang masalah. Namun kereta EV yang lama perlu dicas lebih lama kerana sistem pengecasan EV lama bergantung pada jumlah tenaga yang boleh diterima dalam satu-satu masa

Dalam isu EV, terdapat 2 faktor utama yang menyebabkan pengguna baru berasa ragu-ragu untuk bertukar dari kereta yang menggunakan bahan api konvensional kepada EV. Isu yang pertama ialah “range anxiety” iaitu berasa bimbang jika jumlah tenaga yang ada tidak mencukupi untuk perjalanan jarak jauh.

Jika mereka berhenti untuk mengecas, maka jadual perjalanan akan terganggu dan memakan masa yang lama. Faktor kedua ialah taburan stesen pengecasan yang masih tidak mencukupi walaupun di negara maju yang menyebabkan pengguna perlu merancang perjalanan dengan sangat teliti. Jika gagal merancang besar kemungkinan mereka akan tersadai di tepi jalan

Google ads
Back to top button