Motosikal

REMY GARDNER SAH SERTAI KTM TECH3 MUSIM DEPAN. IKER LECUONA ATAU DANILO PETRUCCI BAKAL TERSINGKIR?

Pelumba pasukan Moto2 Red Bull KTM Ajo, Remy Gardner dilapor sah akan beralih ke kelas premier MotoGP musim depan bersama pasukan satelit KTM Tech3. 

Remy yang merupakan anak kepada pelumba lagenda Australia, Wayne Gardner itu kini mendahului kejuaraan Moto2 dengan memperoleh lima podium daripada enam perlumbaan, termasuk kejayaan di Grand Prix Itali, minggu lalu.

Pengarah KTM Motorsport, Pit Beirer berkata, Gardner menunjukkan potensinya tahun ini dan pihaknya percaya masih banyak yang akan ditonjolkan daripadanya.

“Adalah penting dia mempunyai peluang seperti ini untuk mengembangkan kariernya,” kata Beirer.

Gardner menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai satu peluang luar biasa dan tidak untuk menunggang jentera KTM RC16. Pelumba berusia 23 tahun merupakan produk akademi KTM dan pernah bersaing dengan pasukan Tech2 Moto2 pada musim 2017 dan 2018. 

Penyenaraian itu bermakna sama ada pelumba Sepanyol, Iker Lecuona atau pelumba Itali, Danilo Petrucci akan meninggalkan pasukan berkenaan pada hujung musim ini. 

Bapanya, Wayne Gardner ialah pelumba lagenda Australia pertama yang menang dalam kelas utama motosikal 500cc pada 1987. Ini menyebabkan sukan bermotor semakin popular di sana. 

Google ads
Back to top button