Buletin

DAVID BECKHAM MILIKI 10 PERATUS PEGANGAN DALAM SYARIKAT LUNAZ

Syarikat Lunaz yang terkenal di Britain dalam restorasi kereta klasik menggunakan trenskuasa elektrik mendapat suntikan pelaburan daripada bintang bola sepak dunia, David Beckham.

Beckham membeli sebanyak 10 peratus pegangan dalam syarikat berpangkalan di Silverstone itu.

Antara pelabur lain dalam syarikat tersebut merupakan Rueben dan keluarga Barclay.

Dalam pada itu, Lunaz turut mengumumkan perancangan baharu mengembangkan syarikat merangkumi pembuatan semula dan mengubah kenderaan industri serta komersial menjadi kenderaan mesra alam.

Lunaz Group terbahagi kepada tiga syarikat iaitu Lunaz Design, Lunaz Applied Technologies dan Lunaz Powertrain.

Syarikat menyasarkan menawarkan 500 pekerjaan menjelang 2024. – carscoops

Google ads
Back to top button