Artikel PilihanBuletin

KISAH BENAR. PEMANDU PEREMPUAN, HONDA DAN SIGNAL

Dua hari lepas, tular kisah seorang akak kena penampar dengan brader motor yang dikatakan gara-gara tak bagi signal. Pada orang biasa, ia mungkin nampak kejam, tapi bagi yang bawak motosikal, ini lah perkara yang mereka hadapi setiap hari.

Selang dua hari kemudian, jadi lagi. Tapi bukan penampar la, brader yang bawak motor pulak terbang ke tepi jalan – storyboard dia sama, pemandu perempuan, kereta Honda dan tak bagi signal.

Entahlah, apa masalah pun kami tak faham jenis yang tak reti petik signal ni. Susah sangat ke, ke nak suruh pengeluar kereta kaji buat teknologi lampu signal yang boleh ikut niat driver?

Kesian kalau jadi macam brader ni. Kerja sendiri nak claim dengan sapa?

Yang tak tahan tu akak Honda siap boleh risaukan NCD insurans dia lagi.

Hadoiiiiiiiii

…………………………………………………………

2- 3 hari ni kecoh pasal pompuan kena lempang, sebab tak bagi signal nk masuk simpang. Ada yang bekap brader tu, ada yang kutuk sebab dayus pukul pompuan. Aku faham perasaan brader tu sebab aku naik motor juga.

Dan hari ni jadik pulak kat aku. Pompuan juga. Honda juga dan tak kasik signal jugak. Syukur x cedera teruk. Terbang jugak la ke seberang jalan. Nasib baik pakai jaket jeans, jeans, safety boot dan helmet. Kalau tak mesti lagi teruk.

Oh, dont worry. Aku tak lempang akak tu. Just tanya je kenapa dia tak bagi signal. Tak baik gaduh-gaduh. Benda boleh settle cara baik.

Isunya bukan signal saja. Tapi natijah selepas kemalangan tu. Bagi yang kerja tetap takpelah. Yang kerja sendiri ni termenung jugalah beberapa hari.

Kalau cedera parah atau meninggal lagi teruk. Namun Allah maha kaya lagi maha pemberi rezeki. Semoga adalah rezeki kut lain tu nanti. Nak puasa dah ni.

So kalau bawak kereta tu, tak kisah la laki ke pompuan, tak perlu berahsia sangat kalau nk masuk simpang. Petik je signal tu. Kalau ada sesapa yg masih tak jumpa tuil signal, bengap tak pandai pakai, lepas aku sihat ni nanti akan buat kelas cara-cara menggunakan signal. Rm1500 untuk sehari. Bole la repair moto n cover balik income yang tak masuk ni.

Buat semua kastemer yang menunggu moto, maaflah kena tunggu kejap. Tangan dah bengkak & kaki esok maybe kena xray lagi takut patah. Harap-harap terseliuh je lah

Btw, NCD insurans honda mahal ke? Dia dok risau NCD dia burn kalau claim insurans. Sapa tau kira ncd burn berapa kalau kemalangan? Moto kapcai aku tu repair sendiri je kut

KREDIT: AHMAD JUNAIDI ABDUL AZIZ

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button