Motosikal

BINI TAK BAGI GEORGE CLOONEY TUNGGANG MOTOSIKAL LAGI

Pelakon terkenal Hollywood, George Clooney nampaknya terpaksa melupakan semua kelengkapan dan motosikal kerana isterinya, Amal tidak lagi membenarkannya menunggang motosikal.

Keputusan itu dibuat oleh Amal selepas Clooney terlibat dalam kemalangan jalan raya di Itali pada musim panas yang lalu. 

Perkara itu diakui sendiri oleh Clooney ketika bercakap dengan media dan peminat sempena pengenalan siri televisyen Catch-22. Bakal ditayangkan di Hulu, Clooney bertanggungjawab menerbit dan berlakon dalam siri tersebut.

“Saya tidak lagi dibenarkan menunggang motosikal. Saya terlibat dalam satu kemalangan serius apabila melanggar seorang lelaki pada kelajuan 112km/j dan terperlanting. Jadi tiada lagi motosikal selepas ini,” kata Clooney. 

Clooney tidak keseorangan apabila isteri tidak membenarkan menunggang motosikal. Ini kerana penerbit Grant Heslov dikatakan turut menerima notis yang sama.

November tahun lalu, Clooney melelong model Harley-Davidson Dresser Touring Ultra Limited yang hanya mencatat perbatuan sejauh 40km. Semua hasil jualan motodikal itu kemudian disumbangkan kepada badan-badan kebajikan.

Google ads
Back to top button