Buletin

LORI TANGKI TERBAKAR DI LEBUH RAYA PLUS. LELAKI DIPERCAYAI PEMANDU RENTUNG

Pagi tadi, warganet dikejutkan dengan perkongsian klip-klip video yang menunjukkan sebuah lori tangki bahan api marak terbakar.

Insiden itu berlaku selepas hentian rehat Behrang di KM372 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah utara. Ia menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua belah hala.  

Laluan arah utara dari Slim River ke Sungkai ditutup sepenuhnya susulan kejadian itu.

Laluan arah utara dari Slim River ke Sungkai ditutup sepenuhnya susulan kejadian itu.

Memetik jurucakap PLUS, laluan arah utara dari Slim River ke Sungkai ditutup sepenuhnya susulan kejadian itu.

Laporan awal menyatakan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 8.51 pagi.

Sebaik tiba di tempat kejadian, iaitu kira-kira 50 meter selepas Plaza Tol Slim River, bomba mendapati dua buah lori yang terlibat dalam kemalangan sedang terbakar.

Setakat ini, difahamkan terdapat seorang mangsa yang terlibat.

Apa yang mengerikan ialah terdapat video menunjukkan seorang lelaki terbakar seluruh badan, sebelum jatuh terbaring di atas jalan.

Operasi pemadaman dan menyelamat melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Tapah dan Bidor.

kredit foto: FB Malaysia Response Team

Google ads
Back to top button