Buletin

KERAJAAN AKAN AMBILALIH LEBUHRAYA. CAJ KESESAKAN GANTI BAYARAN TOL

Semalam dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, kerajaan mengumumkan akan memulakan proses pengambilalihan lebuhraya daripada pemegang konsesi.

Proses rundingan sudahpun bermula dengan kumpulan Gamuda Berhad dalam langkah pertama untuk menghapuskan mekanisme kutipan tol dan digantikan dengan “caj kesesakan”

Proses ini membabitkan membabitkan lebuhraya sekitar Lembah Klang iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Kadar kutipan baru ini akan dilaksanakan pada waktu puncak iaitu selama enam jam dengan kadar bayaran penuh.

Sementara itu, bagi penggunaan luar waktu puncak dari 11 malam hingga pagi, tiada bayaran dikenakan.

Bagi penggunaan waktu biasa pula, diskaun sebanyak 30 peratus akan dilaksanakan.

Setelah mengambil alih lebuhraya nanti, hasil dari bayaran caj kesesakan itu akan digunakan untuk tujuan kos operasi dan penyelenggaraan lebuhraya terbabit. Ia juga digunakan sebagai pendapatan untuk melunaskan pinjaman.

Sementara itu, lebihan daripada hasil kutipan ini akan disempan dalam satu dana berasingan yang akan digunakan sebagai sumber untuk peningkatan sistem pengangkutan awam di seluruh negara.

Perincian dan berkenaan cadangan ini akan dikemaskinikan oleh Kementerian Kewangan dari masa ke semasa.

Google ads
Back to top button