,
Buletin

MITSUBISHI MOTOR LANCAR PUSAT 3S BAHARU DI TAMAN MIDAH, CHERAS – PELABURAN CECAH RM800K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dan pengedar sah Evatrend membuka pusat 3S Mitsubishi yang kedua di Cheras, Kuala Lumpur.

Pusat 3S yang terletak di No. 70, Jalan Midah 1, Taman Midah itu melibatkan pelaburan sebanyak RM800,000.

Dengan ruang binaan seluas 4,908 kaki persegi, ia merangkumi bengkel yang lengkap dan alat ganti untuk kenderaan Mitsubishi. Pusat 3S itu hadir bersama façade moden, peralatan diagnostik dan Special Set Tools (SST).

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Evatrend ialah bilik pameran pertama hadir dengan identiti korporat Mitsubishi Motors yang baru,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

Menurut Pengerusi Siang Hin Group, sebagai pengedar Mitsubishi Motors pihaknya bukan sahaja komited untuk mempromosikan kenderaan yang bagus. Malah menitikberatkan aspek jualan dan perkhidmatan selepas jualan.

Sempena pembukaan pusat 3S itu, Evatrend turut mempamerkan Triton baharu.

Dengan pembukaan Evatrend, MMM kini diwakili oleh 53 buah bilik pameran (47 merupakan pusat 3S) dan 52 pusat servis di seluruh negara. Di Malaysia Timur, MMM diwakili oleh 14 buah bilik pameran (6 di Sarawak dan 8 di Sabah). 

Tags
Google ads
Back to top button