" "
Artikel PilihanBuletin

MAHAL KE KOS NAK BELA GWM HAVAL H6?

Pengenalan model GWM Haval H6 HEV sebenarnya tepat pada masanya ketika pengguna mahukan sebuah SUV besar dalam segmen C namun pada masa yang sama menawarkan penjimatan bahan api yang luar biasa bagus.

Dalam segmen SUV hibrid segmen C ini, juara yang bertahan ialah Honda CR-V e:HEV yang dijual pada harga sekitar RM 195,900 adalah harga yang agak mahal dan sukar dicapai oleh kebanyakan pengguna. Jadi apabila GWM Haval memperkenalkan model Haval H6 HEV pad harga RM 139,800 dengan saiz lebih kurang sama dengan Honda, ia adalah tawaran sukar ditolak

Jadi kami senaraikan di sini kos penyelenggaraan GWM Haval H6 berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman sesawang GWM.

1. 10,000 atau 6 bulan- servis kali pertama ini adalah hampir sama dengan semua jenama lain, iaitu penukaran minyak enjin dan juga penapis minyak enjin. Berdasarkan pemahaman penulis, enjin turbo 4 silinder 1500cc yang digunakan akan menggunakan lebih banyak minyak pelincir iaitu pada 5 liter

Kos untuk minyak enjin ialah RM 210, penapis minyak enjin RM 39, Oil Drain Washer RM 8.50 dan Engine Oil Plug RM 6 menjadikan kos keseluruhan servis pertama ialah RM 263.50. Apabila dicampurkan sekali dengan upah mekanik RM 150, kos keseluruhan menjadi RM 425.50 termasuk SST

Kos ini adalah kos asas bagi setiap kali servis dilakukan pada setiap 15,000km atau 12 bulan

2. 25,000km atau 24 bulan – ya berbeza dengan jenama lain, GWM meletakkan sela jarak perbatuan pada 15,000km bagi setiap kali penukaran minyak enjin. Untuk servis kedua, tambahan perkara yang perlu ditukar ialah penapis udara enjin (RM 240) dan juga penapis udara penyaman udara (RM 111)

Kos keseluruhan alat ganti, upah mekanik dan SST untuk servis ke 2 atau 25,000km ialah 819.70. Ini adalah kos berulang pada 55,000km atau selepas 48 bulan penggunaan.

3. 40,000km atau 36 bulan – sebagai tambah kepada servis asas, anda perlu menggantikan cecair hidraulik sistem brek (RM 74) dan juga satu set palam pencucuh (RM 356). Ketika ini pemilik perlu membayar kos servis dengan harga RM 952.70

4. 70,000km atau 60 bulan – selepas 5 tahun memandu atau jarak perbatuan mencapai 70,000km pemandu perlu menukar minyak transmisi Dedicated Hybrid Transmission dengan kos RM 200 dan juga Transmission Drain Washer pada harga RM 6

Kos keseluruhan untuk kali ini mencecah RM 663.90 termasuk upah dan juga alat ganti. Jadual ini hanya menunjukkan kos penyelenggaraan sehingga 70,000km sahaja dan menyatakan bahawa cecair penyejuk sistem transmisi perlu ditukar pada setiap 145,000km atau 120 bulan

Kos keseluruhan sehingga 70,000km ialah RM 3681.5 dan tidak termasuk lain lain kos sampingan seperti penjajaran tayar, imbangan roda, brek dan juga sistem penyaman udara

Sebagai perbandingan, Honda CR-V e:HEV pula memerlukan kos sehingga RM 2811.65 untuk jarak perbatuan yang sama dengan Honda memerlukan anda menghantar sebanyak kali ke pusat servis berbanding GWM Haval H6 hanya memerlukan 5 kali lawatan ke pusat servis

Google ads
Back to top button