
HYUNDAI INSTER CROSS – BOLEHKAH BABY CROSSOVER NI JELAJAH MASUK KE DALAM HUTAN?
Seiring dengan pengenalan model Hyundai Inster, sebuah model EV kompak yang kiut, pengeluar dari Korea Selatan itu juga sebenarnya turut memperkenalkan Hyundai Inster Cross. Ini adalah sebuah varian Crossover untuk model kiut tersebut.
Walau pun saudara kembarnya kelihatan agak kiut penampilan luarannya, namun untuk vaian Inster Cross ini kelihatan sedikit rugged setelah diberikan beberapa kemasan untuk tampil sebuah model crossover. Paling ketara sudah tentulah bampar hadapan yang telah direka semula supaya kelihatan lebih rugged dengan menampilkan rekaan segi empat tepat dan juga skid plate di bahagian bawah bampar. Juga terdapat dua saluran udara di bahagian kiri dan kanan untuk membawa angin dari luar.

Bahagian sisi menampilkan body cladding yang menyerlahkan lagi rupa crossover untuk Inster ini. Rekaan bampar segi empat diterukan dibahagian belakang dengan menggunakan warna gelap seperti di hadapan. Di bahagian atas terdapat rekaan lampu LED Parametric Pixels di kiri dan kanan.
Rim bersaiz 17 inci yang direka khas untuk Inster Cross ini jelas sekali memberikan sedikit ketinggian yang diperlukan untuk menjadi sebuah crossover. Barulah boleh panjat pembahagi jalan tanpa masalah. Nak pandu bawa masuk ke kawasan hutan pun tak ada masalah untuk laluan off-road ringan.

Tersedia juga rak bumbung di atas untuk membolehkan penumpang membawa lebihan muatan berupa alatan perkhemahan.
Bahagian tempat duduk di kabin menggunakan fabrik berwarna kelabu yang dikontrakan dengan aksen Lime untuk sedikit kesan sporty. Aksen serupa juga boleh dilihat pada bahagian tengah konsol dan papan pemuka.

Stereng Inster Cross ini menggunakan terus daripada model premium IONIQ 5 lengkap dengan segala fungsi yang diperlukan. Paparan meter kluster digital bersaiz 10.25 dengan pilihan kustom untuk paparan yang dimahukan. Saiz yang serupa juga digunakan untuk sistem infohiburan di tengah konsol lengkap dengan fungsi ketersambungan melalui telefon pintar.
Hyundai Inster Cross ini menggunakan pek bateri 49 kWh dengan keupayaan bergerak sehingga 360 km. Kira masih memadai untuk dijadikan sebuah kenderaan harian atau pun dipandu santai pada hujung minggu untuk aktiviti riadah.
Di UK, khabarnya ianya dijual pada harga hanya £28,745 (RM156,936). Kira murahlah kan.
BACA : HYUNDAI INSTER – MODEL ELEKTRIK KOMPAK BERGAYA DARI KOREA SELATAN
BACA : HYUNDAI, KIA SEDIA TINGKAT PENGELUARAN EV – PERMINTAAN MASIH KUKUH