Buletin

MALANG NASIB KAU STINGER, BELUM JUAL DAH KENA MACAM NI

Dalam banyak model, Stinger menjadi jentera yang paling menarik perhatian pernah dihasilkan oleh Kia.

Selain Korea Selatan, Stinger masih belum dijual di mana-mana pasaran lagi. Sebab itulah apa yang berlaku pada Stinger berwarna perak ini membuatkan ramai tercengang dan sedih.

Situasi malang ini berlaku di Washington, D.C. Amerika Syarikat. Memetik laporan blog PoPville, Stinger tersebut baru sahaja keluar dari kawasan parker sebelum sebuah teksi Toyota RAV4 tiba-tiba melanggarnya.

Kalau langgar biasa tu takpe lagi, ini siap tayar depan naik ke bahagian hud Stinger tersebut. Kedua-dua buah kereta tersebut dikatakan berada dalam keadaan bertindih selama beberapa jam, sebelum trak tunda tiba.

Walaupun nampak macam kemalangan serius, jentera sport sedan itu cuma mengalami kemek dan kesan cat berwarna merah pada bahagian fender kiri hadapannya. Manakala RAV4 pula hanya kemek sedikit pada bampar.

Mujurlah Stinger itu bukan milik mana-mana pelanggan. Sebaliknya ia milik sebuah pengedar Kia di sana. Jadi, urusan membaik pulih pastinya lebih mudah.

BACA: INI PERUBAHAN PERINGKAT AKHIR KIA STINGER – TIDAK MUDAH DAN MENGUJAKAN

Apa yang lebih penting, kedua-dua pemandu kereta tu cool sahaja. Tak ada keluar steering lock dan jerit-jerit macam orang meroyan ke apa. Hurmm…

Google ads
Back to top button