Buletin

MIRAGE FACELIFT 2018 MULA DIJUAL DI AMERIKA UTARA

Walaupun kurang mendapat sambutan di Malaysia, model kompak keluaran Mitsubishi ini terus menerima penambahbaikan di pasaran lain.

Terbaharu, Mitsubishi Motors North America, Inc. (MMNA) mendedahkan perincian model facelift Mitsubishi Mirage untuk tahun 2018.

Meneruskan keistimewaan sebagai sebuah kereta kompak yang menjimatkan minyak, mampu milik dan boleh dipercayai. 

BACA: SATRIA BIRU YANG BUAT ABANG KELIRU

Model asas ES menerima pelbagai ciri tambahan seperti unit audio dengan paparan 7.0 inci. Ia hadir bersama kamera undur, penstriman audio, Bluetooth dan banyak lagi.

Selain itu, satu port USB pada konsol tengah, perehat tangan, Apple CarPlay serta Android Auto turut ditambah pada varian SE dan GT.

Mirage 2018 ditawarkan pada harga bermula AS$13,395 (RM56,000) seunit.

“Kereta ini tampil sebagai satu pilihan yang menarik buat pengguna. Kami harap Mirage akan terus mencipta momentum jualan yang positif,” kata Nain Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi MMNA, Don Swearingen.

Google ads
Back to top button