Buletin

MARQUEZ BERI PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT ALLAHYARHAM AFRIDZA MUNADAR

Juara Dunia MotoGP 2019, Marx Marquez hari ini mendedikasikan kejayaannya di Malaysia untuk Allahyarham Afridza Munandar yang terkorban semalam dalam insiden Race 1 pada perlumbaan Idemitsu Asia Talent Cup.

Pelumba Repsol Honda yang menamatkan podium kedua di belakang Vinales itu bertafakur selama seminit untuk beri penghormatan kepada insiden tragis yang menimpa pelumba muda dari Indonesia itu.

Marquez menganggap Munadar sebagai pelumba muda yang berbakat besar yang bertarung untuk Asia Talent Cup minggu ini.

Beliau juga memberitahu penghormatan ini mengingatkan semua orang tentang risiko dalam perlumbaan.

“Semalam adalah hari yang beremosi dan ia berita buruk untuk dunia perlumbaan motosikal,” ujar Marquez.

“Kita kehilangan pelumba Afridza Munandar. Beliau adalah pelumba muda dari Indonesia dan saya kenal beliau dari Astra Honda dan kami pernah bersama di sana.

“Kita tak boleh lupakan bahawa semua orang di sini sedar risiko yang kita ambil apabila berada di litar. Kita ambil semua risiko ini untuk mengejar kejayaan.

“Apabila kita mencapainya, kita perlu meraikannya. Hari ini, kita raikan kejayaan ini untuk Allahyargam kerana beliau memang mahukan saat ini. Allahyarham sentiasa buat yang terbaik dan beliau tetap akan jadi pelumba paling istimewa dalam GP.

“Hari ini adalah detik manis untuk saya dan adik saya tapi sudah tentu, Afridza Munadar juga mempunyai matlamat yang sama. Akhirnya, beliau kehilangan nyawa dan kita kehilangan dia. Tapi yang nyata, beliau telah berlumba dengan bersungguh-sungguh, demi impiannya. Semoga roh beliau tenang di sana.

Terdahulu, Afridza Munadar mengalami kecederaan pada Lap 1 di Turn 10 ketika pusingan pembukaan Asia Talent Cup. Beliau telah diterbangkan segera dengan helikopter ke Hospital Kuala Lumpur namun ternyata ajalnya sudah sampai.

Perlumba Asia Talent Cup mengambil keputusan menghabiskan Race 2 pada hari ini. Pelumba Indonesia itu menghabiskan musim di tempat ketiga keseluruhan dengan dua kemenangan dan empat podium.

Kejohanan Asia Talent Cup juga memberi penghormatan kepada Allahyarham dengan menggantung nombor 4 dari pertandingan. Nombor yang digunakan oleh pelumba tersebut.

Google ads
Back to top button