Buletin

TOYOTA & WEATHERNEWS BANTU RAMAL CUACA DENGAN LEBIH TEPAT GUNA PENGGILAP CERMIN

Toyota Motor Corp. dan penyedia maklumat cuaca, Weathernews Inc. telah memulakan ujian untuk menambah baik ketepatan ramalan hujan dengan menggunakan data pada masa sebenar daripada operasi penggilap cermin kereta. 

Dalam ujian yang diadakan di Tokyo, Osaka dan Aichi, Weathernews menerima data berdasarkan kepada pergerakan penggilap cermin kereta kereta menerusi internet. Data yang dikumpul itu kemudian dianalisa bersama maklumat rangkaian pemantauan sedia ada di 13,000 lokasi di seluruh Jepun. 

Toyota dan Weathernews  menyatakan operasi penggilap cermin memberi maklum balas ke atas kehadiran atau ketiadaan awan mendung. Manakala kelajuan pergerakan penggilap cermin pula menentukan tahap kelebatan hujan. 

Weathernews memberitahu radar awan hujannnya digunakan untuk mengesan dan meramal kawasan yang akan dilanda hujan. Tetapi ia tidak dapat mengesan mendakan daripada awan tersebut pada altitud 2km ke bawah dan peralatan pemantauan di bumi juga terhad. 

Toyota berharap ia dapat memberikan pemandu maklumat cuaca yang lengkap pada masa sebenar dan meningkatkan keselamatan mereka. Penyediaan maklumat cuaca merupakan sebahagian daripada perkhidmatan ketersambungan di dalam kereta yang menjadi fokus Toyota sekarang. 

Bermula dengan Corolla Sport dan Crown pada Jun tahun lalu, Toyota mensasarkan untuk memasang akses internet ke dalam semua kenderaan baharunya di pasaran domestik.

Sistem itu membolehkan pemandu mendapatkan data kenderaan, di samping maklumat mengenai restoran, hospital dan lain-lain pada waktu sebenar. 

Google ads
Back to top button