Artikel PilihanBuletin

MAZDA AKUR, DEDAHKAN MODEL CX-30 EV. GAME ON

Dalam diam-diam, Mazda akhirnya akur dengan kehendak pasaran yang mahukan kenderaan EV t dengan mendedahkan model terbaru mereka iaitu Mazda CX-30 di Shanghai Auto Show. Ia dikenali dengan nama CX-30 EV dibangunkan dengan menggunakan rekaan SkyActiv Vehicle Architecture

Walaupun tidak mendedahkan sistem trenkuasa secara terperinci, pakar automotif mengatakan sistem yang digunakan oleh model ini tidak jauh berbeza dengan Mazda MX-30. Ini bermakna motor elektrik akan dipasang pada gandar depan bagi menghasilkan 141 kuasa kuda dan 264Nm tork

Kuasa ini dijana oleh sistem bateri lithium ion sebesar 35.5 kWh yang diosokong dengan teknologi pengecasan AC dan juga DC. CX-30 EV ini juga diberikan beberapa rekaan baru bagi membezakannya dengan model CX-30 petrol atau diesel. Perubahan rekaan boleh dilihat dengan rekaan baru bampar lips, perumah tayar, side step, dan roof rails

Disebabkan bateri diletakkan di bahagian lantai, ketinggian CX-30 EV ini dinaikkan terutama dengan penggunaan rim 19 inci. Bahagian belakang pula, model ini mengenakan lencana e-SkyActiv bagi membezakannya dengan varian biasa. Media automotif China mendakwa model ini boleh dipandu 400km bagi setiap pengecasan penuh

Di ruangan dalam pula, Mazda CX-30 EV pula menggunakan rekaan yang sama dengan varian petrol dan turbodiesel dengan mengekalan skrin sebesar 8.8 inci di bahagian tengah dan kombinasi meter analog digital. Buat masa ini Mazda CX-30 hanya akan dipasarkan khusus bagi pasaran China bermula dari suku ke 3 tahun 2021

Google ads
Back to top button