Buletin

MAZDA3 AKAN DILANCAR BULAN HADAPAN. BERMULA RM137K

Beberapa media permotoran Malaysia sedang berada di Jepun dalam satu jemputan ujipandu Mazda3 baharu. Model baru ini akan diperkenalkan di Malaysia dijangka pada bulan Julai nanti.

Berbeza dengan rangkaian kereta Mazda lain, model ini tidak akan dipasang secara tempatan (CKD) sebaliknya akan diimport terus dari Jepun. Untuk pasaran Malaysia, ia akan ditawarkan dalam versi empat pintu sedan dan lima pintu hatchback.

Beriku ialah ciri-ciri menarik pada model generasi baharu Mazda 3.

  • Hubungan di antara pemandu dan kereta ditingkatkan lagi dengan beberapa penambahbaikan seperti larasan stereng teleskopik yang lebih luas untuk penyesuaian kedudukan pemandu. Larasan ditambah 10mm lebih menjadikan julat perubahan sehingga 70 mm.
  • Lokasi gear dianjak ke hadapan dan lebih tinggi supaya pemandu lebih mudah untuk mengalih tangan dari stereng semasa penukaran gear
  • Bahagian dalam direka mengikut konsep horizontal simetri dan setiap elemen diposisikan supaya menghadap pemandu
  • Konsep less is more adalah evolusi kepada gayaan Kodo dengan reka bentuk ringkas dan minimalis
  • Walaupun ringkas tetapi masih canggih dengan paparan LCD berukuran 8.8 inci yang mengandungi pelbagai fungsi dan maklumat
  • Bahagian dalaman lebih senyap melalui konsep binaan dua dinding iaitu panel badan kereta dan karpet. Kedua-duanya  memainkan peranan penting terutama sekali karpet apabila ia bukan sekadar hiasan malah menjadi penebat bunyi yang direka untuk saling melengkapi.
  • Gayaan wajah Mazda terkini iaitu lampu halus atau “sepet” dengan gril besar
  • Model hatchback tampil dengan gayaan menggoda dengan pendekatan baharu dalam bentuk tiang C
  • Pasukan pereka mahukan sebuah model hatchback yang tampil jelas dan solid pada masa sama masih anggun
  • Model sedan pula mengambil semula falsafah kereta penumpang sebelum ini melalui tiga pembahagian iaitu bonet enjin, penumpang dan but dalam masa trend sekarang ialah sedan ala fastback
  • Hasilnya ialah sebuah sedan yang tampak matang, kemas dan elegan
  • Lampu belakang dua silinder adalah pendekatan segar untuk sebuah hatchback massa
  • Reka bentuk lampu minimalis pula adalah evolusi baharu falsafah gayaan Kodo
  • Dua pilihan roda mengikut varian iaitu tayar bersaiz 205/60R16 dan 215/45R18
Generated by pixel @ 2019-04-28T02:39:35.319880

Dari segi enjin, pasaran Malaysia akan mendapat enjin 1.5L (111ps/146Nm tork) dan 2.0L Skyactiv-G (155ps/199Nm). Ia digabungkan dengan transmisi automatik enam kelajuan dengan pilihan pacuan dua atau empat roda (2WD/4WD)

Berdasarkan informasi yang diperolehi sebelum ini, harga anggaran untuk model ini dijangka bermula dari RM137K. Mazda Malaysia juga sudah mula menerima tempahan.

Kalau anda nak jadi pemilik pertama Mazda 3 di Malaysia, bolehlah tempah dulu. serius, yang hatchback tu nampak sporti betul!

  • Mazda3 1.5L Skyactiv Sedan : RM 137,000
  • Mazda3 1.5L Skyactiv Hatchback : RM 137,000
  • Mazda3 2.0 H Skyactiv Sedan : RM 147,000
  • Mazda3 2.0 H+ Skyactiv Sedan : RM 157,000
  • Mazda3 2.0 H+ Skyactiv Hatchback : RM 157,000
Google ads
Back to top button