Buletin

PROTON SAGA FACELIFT. HARGA BAWAH RM30K?

Dalam rangkaian kereta-kereta Proton, hanya Proton Saga sahaja yang belum menerima facelift sejak dilancarkan. Sejak X70 diperkenalkan, Proton telah memperbaharui satu-persatu model mereka dengan versi facelift yang lebih segar. Bermula dari Persona, Iriz dan Exora.

Meskipun masih menjadi teka teki rupa baru perubahan Saga ini, pakar render tempatan The Ajerul atau dikenali sebagai Poksu telah membayangkan rupa Saga baharu, lengkap dengan bayangan di bahagian kokpit yang dikatakan bakal menerima perubahan rekaan pada bahagian pemain utama.

Berikut ialah catatan dari The Ajerul

……………………………………………………………….

Gambaran exterior dan interior untuk Proton Saga 2019 facelift. Ini hanyalah rekaan semata2. Jangan serius. 😆

Untuk Proton Saga 2019 nanti, difahamkan akan dibekalkan unit transmisi baharu oleh Hyundai PowerTech bagi menggantikan transmission lama iaitu CVT dari Punch.

Perubahan exterior yang poksu tahu adalah rekaan bumper hadapan dengan lampu DRL, rekaan gril baharu bercirikan ‘infinite weave’ dari Proton X70. Rekaan bumper belakang juga berubah terutamanya bahagian bawah. Difahamkan ada side air vent, tak pasti info ini betul. Kalau betul, maybe fake air vent saja.

Bagi interior pula, ada perubahan sikit pada konsol tengah dimana terdapat set infotainment touchscreen jenis ‘floating’ dan terkeluar sikit dari konsol. Set ini terletak di atas corong aircond dan corong aircond ke bawah sikit dari model sekarang. Di bawah terdapat ruang kosong, maybe untuk letak handphone, kad TnG dan lain2.

Panel meter juga berubah dimana jenis multi info display seperti Exora 2019 ( bukan full color mcm Persona/Iriz ). Gearknob pula macam Proton Persona 2019 varian executive.

…………………………………………..

Dari sudut harga, ramai menjangkakan ia akan dijual lebih murah, sama seperti Persona, Iriz dan Exora yang diturunkan harga berbanding harga jualan sebelumnya.

Ia adalah strategi baru Proton untuk menguasai pasaran dan mengharapkan volum jualan yang tinggi.

Harga semasa Saga sekarang ialah RM33K hingga RM41K. Bagi versi facelift ini kami jangkakan Proton akan cuba untuk letakkan ia di bawah sub RM30K.

Harganya mungkin bermula pada RM29,800 atau sekitar itu. Ya. ia strategi perang harga serius oleh Proton!

Google ads
Back to top button