Buletin

PETRONAS SRT & YAMAHA KUASAI PETAK DEPAN MOTOGP CATALUNYA

Pada sesi kualifikasi yang berakhir semalam memperlihatkan satu kedudukan penting pada pasukan satelit Petronas SRT. Sekali lagi mereka berjaya mengungguli petak hadapan dan sekali lagi Fabio Quantararo mendahului petak mula MotoGP Catalunya.

Franco Morbidelli bakal bermula di petak ketiga di belakang Marc Marquez.

Secara keseluruhannya, empat pelumba Yamaha menguasai dua barisan mula dengan Rossi di petak ke 3mpat dan Vinales di petak keenam di belakang Dovizioso.

Ini bukanlah kali pertama pasukan satelit Yamaha mendahului pasukan Factory dalam MotoGP musim 2019. Pada perlumbaan MotoGP pusingan Sepanyol yang lalu juga Quantararo dan Morbidelli cemerlang dengan permulaan 1-2. Namun nasib tidak menyebelahi Quantararo di mana jenteranya rosak pada perlumbaan sebenar.

Google ads
Back to top button