
MERCEDES-BENZ VISION V CONCEPT – DEFINASI MPV MEWAH SEBENAR
Mercedes-Benz juga tampaknya juga mahu mencuba nasib dalam segmen MPV bersaiz kotak premium apabila menayangkan model konsep, Mercedes-Benz Vision V yang dibina berdasarkan pelantar baharu VAN.EA.
Mercedes membayangkan model konsep Vision V berfungsi sebagai limousin mewah untuk selebriti dan kereta keluarga yang mewah dengan mentakrifkan semula dalam segmen mewah dengan memberikan perincian terhadap Ruang Istirehat Persendirian.

Mercedes-Benz Vision V ini menampilkan rekaan bentuk kekotak yang menjadi rekaan tipikal sebuah MPV masa kini tetapi masih lagi tampil dengan ciri yang sporty.
Reka bentuk konsep luaran Mercedes-Benz Vision V ini barangkali kelihatan sedikit futuristik, memadai untuk temanya sebagai sebuah MPV premium yang mewah dan sporty dengan bukaan pintu yang besar secara automatik di sebelah kanan. Terdapat juga papan larian yang diterangi, boleh ditarik balik memastikan keselesaan dan akses mudah ke kawasan lounge belakang yang mewah.
Rekaan roda aloi bersaiz 24 inci
Bahagian lounge penumpang dipisahkan dengan cermin kaca pintar dengan pembolehubah sama ada lut sinar atau pun gelap sepenuhnya untuk mendapatkan lebih ruang peribadi daripada pemandu dengan ciri yang cukup luas di dalamnya.

Tempat duduknya dibaluti dengan kulit Nappa putih kristal, cukup kontra dengan kemasan elemen kayu duri berpori terbuka. Terdapat juga perincian cabinet dipasang pada trim kayu gelap sepanjang dinding sisi yang dibingkai dengan jalur trim aluminium berkilat.
Sebagai memenuhi ciri sebuah lounge peribadi yang hebat, ruangan penyimpanan peribadi seperti beg tangan, cermin mata hitam mahu pun telefon pintar juga tersedia untuk penumpang. Sistem bunyi sekeliling dengan Dolby Atmos turut tersedia untuk memberikan kualiti bunyi yang sedap didengar.
Tempat duduk yang boleh dibaringkan rata dengan tetapan secara elektrik akan memberikan keselesaan yang tiada tara buat penumpang belakang.

Dan ciri paling ketara untuk sebuah lounge mewah adalah paparan skrin bersaiz 65 inci yang boleh disimpan dan akan dikeluarkan ketika penumpang mula berada di dalamnya dan menutup pintu. Nak tonton filem atau pun layan game PS pun memang ngam.
Cumanya sewaktu pelancaran model sebenar kelak korang janganlah tuntut yang serupa juga dengan model konsep ini kan. Nama pun konsep.
BACA : MERCEDES-BENZ R-CLASS – KISAH SEBUAH MPV MEWAH YANG TIDAK KESAMPAIAN
BACA : MERCEDES-BENZ EQV 300 2025 DILANCARKAN DI MALAYSIA – JARAK GERAK 374KM WLTP, HARGA BERMULA RM450K