Buletin

MERCEDES-BENZ R-CLASS – KISAH SEBUAH MPV MEWAH YANG TIDAK KESAMPAIAN

Model ini barangkali merupakan model Mercedes-Benz moden yang dianggap kurang berjaya dalam pasaran global. Inilah dia Mercedes-Benz R-Class, kisah sebuah MPV mewah yang tidak kesampaian.

Mercedes-Benz R-Class ini sebenarnya merupakan MPV bersaiz sederhana atau pun juga dipanggil dengan nama Grand Sports Tourer dan telah membuat debut pada tahun 2005 di New York International Auto Show. Semuanya bermula pada tahun 2002, Mercedes-Benz pertama kali memperkenalkan konsep kenderaan baharu yang revolusioner ini kepada orang ramai; kurang daripada tiga tahun kemudian kajian tersebut telah pun menjadi nyata untuk produksi massa.

Walau pun mempunyai tiga barisan tempat duduk, namun Mercedes-Benz tidak memilih kapasiti tujuh penumpang sebaliknya hanya memilih enam tempat duduk dengan konfigurasi 2+2+2 untuk tampil imej yang lebih mewah dan selesa dengan memadankan kerusi jenis kapten untuk barisan kedua.

MPV bersaiz sederhana dengan menggunakan pintu jenis daun berbanding jenis gelongsong untuk barisan kedua masih mampu menawarkan ruang yang cukup selesa buat penumpang di belakang (tinggi sehingga 1,027 mm dan ruang bahu sehingga 1,514 mm) sekali gus membawa tahap ruang dan keselesaan untuk Mercedes-Benz R-Class ke dalam dimensi baharu.

Berukuran 5157 milimeter dari hidung ke ekor, badan Mercedes-Benz R-Class baharu adalah serupa dengan saloon mewah dalam saiz tetapi jauh lebih luas di dalam. Ini disebabkan terutamanya oleh konsep kenderaan yang canggih dan reka bentuk dimensi yang telah dirancang dengan bijak sehingga ke perincian terbaik: sekitar 64% daripada keseluruhan panjang badan kenderaan tersedia untuk penumpang, perkadaran yang tidak dapat ditandingi oleh sedan mewah konvensional.

Dari segi trenkuasa, ianya menawarkan pelbagai pilihan meliputi enjin 3.0 liter V6, 3.5 liter V6, 5.0 liter V8, 5.5 liter V8, 6.2 liter V8 dan juga 3.0 liter V6 diesel mengikut pelbagai varian yang ditawarkan.

Sudah tentu varian R63 AMG dengan penggunaan enjin V8 merupakan model yang paling berkuasa dengan kuasa maksimum 503 HP dan 630 Nm.

Malah Brabus juga pernah menjadikan model ini sebagai salah satu model yang berada dalam barisan pengeluarannya untuk tampil dengan imej yang lebih garang.

Mercedes-Benz sebenarnya menyasarkan jualan 50,000 unit setiap tahun namun selepas kejayaan model ini pada tahun 2006 dan 2007, namun kejatuhan jualannya bermula pada tahun 2008 sehinggalah ke akhir produksi model ini pada tahun 2017 dengan hanya beberapa negara sahaja menjualnya.

Namun ianya terus tiada pengganti sehingga ke hari ini.

Dan tahukah anda bahawa model R-Class ini juga pernah dijual tempat kita. Khabarnya kini harga model ini dibawah RM30,000 sahaja. Ada yang nak beli?

BACA : MERCEDES-BENZ ‘PAST II FUTURE’ SPECIAL EDITION DIPERKENALKAN, TERHAD 20 UNIT

BACA : MERCEDES-BENZ VANS BAWA BENGKEL KEPADA PELANGGAN, LENGKAP DENGAN JEK 5.5 TAN!

Google ads

B K

"
"
Back to top button