
MERCEDES-BENZ EQV 300 2025 DILANCARKAN DI MALAYSIA – JARAK GERAK 374KM WLTP, HARGA BERMULA RM450K
Hap Seng Trucks Distribution secara rasmi melancarkan Mercedes-Benz EQV 300 2025, model MPV elektrik mewah pertama jenama itu di pasaran tempatan.
Ditawarkan dalam varian Avantgarde Line, ia dijual pada harga atas jalan RM450,350 tanpa insurans.
EQV 300 tampil dengan rekaan moden dan elegan, termasuk lampu utama Multibeam LED, lampu belakang LED, rim aloi baharu 17-inci serta bumbung panoramik gelangsar.

Ruang kabin pula menempatkan tujuh tempat duduk susunan 2-2-3, dilengkapi kemasan kulit Lugano, tempat duduk larasan kuasa serta sistem infotainmen MBUX dengan dua skrin 12.3-inci.
Kelengkapan lain termasuklah;
- Sistem audio Burmester 15-pembesar suara
- Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
- Pencahayaan ambien 64 warna
- Ciri kawalan suhu THERMOTRONIC dan TEMPMATIC
Dikuasakan oleh motor elektrik 204 PS dan tork 365 Nm, EQV mampu mencecah kelajuan 160 km/j. Bateri 90-kWh membolehkan jarak perjalanan sejauh 374 km (WLTP), dengan pengecasan pantas DC 110 kW dari 10–80% hanya dalam 40 minit, atau 10 jam menggunakan pengecas AC 11 kW.


Ciri keselamatan merangkumi enam beg udara, Brek Kecemasan Aktif, Bantuan Kekal Lorong, Titik Buta, Kamera 360-darjah, DISTRONIC, dan banyak lagi.
Pembeli juga akan menerima pengecas Wallbox percuma, servis berkala percuma tiga tahun dan rebat tempahan RM10,000.
Waranti kenderaan ialah dua tahun/200,000 km, manakala waranti bateri pula lapan tahun/160,000 km.

- BACA: MAZDA CX-5 GENERASI BAHARU DILANCARKAN 10 JULAI INI – TAMPIL DENGAN SENTUHAN MODEN, PILIHAN HIBRID
- BACA: PROTON e.MAS 7 TERIMA KEMASKINI – APPLE CARPLAY, WARNA LUARAN DAN DALAMAN BAHARU
- BACA: BYD MERAIKAN PENGELUARAN KE SEJUTA MODEL DOLPHIN SURF. WOW!!
- BACA: HYUNDAI TUCSON 2025 RASMI DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM143K

