Buletin

MG MOTOR MALAYSIA UMUM HARGA BAHARU MG4 DAN TAWARAN HEBAT UNTUK MODEL LAIN

MG Motor Malaysia mengumumkan penetapan harga baharu bagi model hatchback elektrik MG4, sekali gus menjadikannya antara pilihan EV paling kompetitif dalam pasaran tempatan.

MG4 kini boleh dimiliki pada harga bermula RM100,888 untuk varian Lux, RM128,888 untuk Lux Extended, dan RM138,888 untuk versi berprestasi tinggi XPower.

Dengan penurunan harga ini, pelanggan menikmati penjimatan lebih RM28,000 berbanding sebelum ini, menjadikan MG4 sebagai model yang menawarkan gaya, teknologi dan pengalaman pemanduan pada nilai sukar ditandingi.

Sebagai tambahan, pembeli turut menerima pengecas AC Wallbox 7kW percuma atau kredit pengecasan, bernilai sehingga RM10,000 bergantung kepada varian.

Perlindungan waranti turut komprehensif, termasuk waranti kenderaan selama 7 tahun atau 150,000km, waranti bateri sehingga 8 tahun atau 180,000km, serta waranti motor dan kawalan elektronik selama 8 tahun atau 160,000km.

Selain MG4, SUV elektrik MGS5 juga kini hadir dengan Pakej Pemilikan Menyeluruh, termasuk pengecas AC Wallbox 7kW atau pilihan kredit pengecasan.

Ditawarkan pada harga bermula RM115,900, MGS5 menyediakan pilihan bateri 49kWh (340km WLTP) dan 62kWh (sehingga 430km), dengan pacuan roda belakang serta kuasa 170PS dan tork 250Nm.

Menampilkan reka bentuk praktikal dengan ruang dalaman luas, MGS5 sesuai sebagai kenderaan keluarga harian namun tetap lincah untuk kegunaan bandar. Sistem kawalan bateri canggih juga meningkatkan keselamatan serta ketahanan jangka panjang.

Dalam masa sama, MG Motor Malaysia turut menawarkan rebat tunai sehingga RM12,000 untuk model MG HS dan sehingga RM8,000 untuk MG5 (model tahun 2024).

Pembeli juga boleh memilih ansuran percuma selama enam bulan bersama rebat tambahan, menjadikan tawaran ini antara yang terbaik di pasaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan model terkini MG, pelanggan boleh mengunjungi laman rasmi mgmalaysia.com.

Google ads
Back to top button