Buletin

MG MOTOR MALAYSIA ANJUR PAMERAN SULUNG DI JOHOR BAHRU, BERLANGSUNG 6 HINGGA 10 OGOS INI

MG Motor Malaysia bakal membuat penampilan sulungnya di wilayah selatan dengan penganjuran pameran eksklusif di Johor Bahru, membawakan pengalaman menyeluruh jenama MG terus kepada pengguna di kawasan tersebut.

Bermula dari 6 hingga 10 Ogos 2025, orang ramai dijemput hadir ke pameran khas yang akan berlangsung di North Court, Aras Bawah, The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.

Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, pameran ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat rangkaian model terkini MG, serta merasai sendiri kehebatan teknologi ditawarkan.

Antara model bakal dipamerkan termasuk sedan bergaya MG5, SUV elektrik moden MG S5 EV, serta bintang utama, MG Cyberster, sebuah roadster elektrik yang menggabungkan elemen futuristik dan warisan reka bentuk British.

Selain itu, model-model lain seperti MG4 dan MG HS juga boleh diuji pandu sepanjang acara berlangsung.

Menariknya, bagi pelanggan yang membuat tempahan MG Cyberster semasa pameran ini, MG Motor Malaysia menawarkan beberapa keistimewaan eksklusif. Antaranya termasuk pengecasan percuma selama setahun melalui rangkaian JomCharge yang dilengkapi fungsi AutoCharge, pengecas AC Wallbox 7kW secara percuma, dan sebuah model diecast edisi terhad MG Cyberster sebagai koleksi eksklusif.

Pengunjung yang berminat terhadap SUV elektrik MG S5 EV juga boleh mendapatkan model tersebut pada harga istimewa sempena pameran, iaitu bermula RM109,900 bagi varian 49kWh dan RM119,900 bagi varian 62kWh Long Range.

Sementara itu, pembeli model MG5 layak menerima rebat tunai sehingga RM7,000, manakala bagi yang berminat dengan MG4, pelan ansuran fleksibel serendah RM974 sebulan turut ditawarkan.

Pameran ini bukan sekadar menampilkan kereta, tetapi menjadi pentas untuk MG Motor Malaysia memperkenalkan semula jenamanya kepada pelanggan selatan tanah air dengan penekanan kepada gaya, teknologi dan keterhubungan pintar.

Pendek kata, inilah peluang terbaik untuk mengalami sendiri kenapa MG semakin mendapat tempat dalam pasaran kenderaan masa kini.

Google ads
Back to top button