SAIC MOTOR MALAYSIA PERKENALKAN 4 PENGEDAR BAHARU MG MOTOR
SAIC Motor Malaysia baru-baru ini mengumumkan pembukaan rasmi empat lagi pengedar MG Motor—MG Motor Balakong, MG Motor Klang, MG Motor Muar, dan MG Motor Skudai.
Pengedar MG Motor ini adalah sebahagian daripada rancangan untuk membina rangkaian 35 pengedar di seluruh negara, bagi meluaskan jangkauan serta mengukuhkan komitmen terhadap perkhidmatan selepas jualan yang cekap.
Pengedar ini mempamerkan model terbaru MG5, MG4 EV, dan MG ZS EV, serta MG HS yang akan datang.
Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan lengkap untuk pelanggan, termasuk perundingan kenderaan hingga penjagaan selepas jualan.
Untuk rekod, MG Motor Malaysia kini mempunyai 15 pengedar, dengan lebih banyak lokasi akan dibuka tidak lama lagi.
Menurutnya, perkembangan rangkaian ini direka untuk memberikan pelanggan akses yang lebih mudah dan perkhidmatan penuh di seluruh Malaysia.
Perkembangan berkaitan, sempena sambutan 100 Tahun MG, pengeluar berkenaan kini mengadakan Tawaran Hebat Hujung Tahun.
Berikutan kejayaan MG5 yang menawarkan penjimatan RM7,000, SAIC Motor Malaysia turut memberikan tawaran eksklusif untuk MG4 EV dengan penjimatan sehingga RM10,888, dan MG ZS EV dengan penjimatan sehingga RM5,888 .
Rakyat Malaysia dijemput untuk memandu uji model MG terbaharu di Bilik Pameran Pengedar Sah MG Motor.
Untuk maklumat lanjut, layari mgmalaysia.com atau hubungi MG Careline di 1800-28-3636.
- BACA: ZEEKR 009 DIPAMERKAN DI SUNWAY PINNACLE: DUA VARIAN; LUXURY DAN ULTRA LUXURY, HARGA BAWAH RM370K
- BACA: ZEEKR X DIDEDAHKAN DI MALAYSIA – DUA VARIAN; PREMIUM DAN FLAGSHIP AWD, HARGA BAWAH RM180K
- BACA: SKODA ENYAQ RS RACE CONCEPT – SEBUAH KERETA LUMBA KONSEP ELEKTRIK YANG LEBIH GARANG
- BACA: INOVASI HONDA: ERA EV DENGAN CIRI DERUMAN ENJIN MODEL IKONIK