Buletin

MITSUBISHI MALAYSIA CATAT PERTUMBUHAN POSITIF JANUARI-JULAI 2020. TRITON LAKU KERAS DI 3 NEGERI

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini mengumumkan prestasi jualan yang memberangsangkan bermula Januari hingga Julai 2020. Dalam tempoh itu, sebanyak 4,008 unit kenderaan berjaya dijual.

Angka tersebut membolehkan perkongsian pasaran MMM meningkat kepada 1.7 peratus berbanding Volum Keseluruhan Industri (TIV).

Model paling laris, Triton mencatat perkongsian pasaran 22.2 peratus, naik daripada 16.9 peratus untuk tempoh sama tahun lalu. Triton kini mengungguli segmen trak pikap double cab di negeri Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.  

“MMM gembira melihat pertumbuhan jualan yang positif selepas pasaran merudum akibat wabaj COVID-19. Ia banyak disumbangkan oleh pengecualian cukai jualan 100 peratus yang diumumkan oleh kerajaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

Baru-baru ini, MMM mengumumkan bakal memperkenalkan model SUV/MPV Xpander ke pasaran tempatan. Sebagai persediaan pelancarannya, beberapa bilik pameran Mitsubishi telah dinaik taraf dengan Indentiti Visual (VI) terkini Mitsubishi Motor.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.mitsubishi-motors.com.my/

Google ads
Back to top button