
GADUH PASAL KOTAK PARKIR. KERETA JIRAN MASUK ‘SANGKAR BESI’
Perselisihan faham berhubung kotak parkir menyebabkan seorang jiran bertindak keterlaluan dengan membina ‘sangkar besi’ menggunakan perancah (scaffolding) menghalang kereta pesaingnya di Haywards Heath, West Sussex, Britain.
Pihak polis telah dihubungi berhubung insiden berkenaan apabila pemilik kenderaan Volkswagen Passat berwarna biru menyedari ia terperangkap dalam struktur pembinaan sementara.
Mereka yang terlibat dipanggil pihak polis dan mendapati pergaduhan berpunca daripada perebutan kotak parkir.
Beberpa tiang perancah besar dipasang dengan ketat menggunakan skru untuk memastikan kereta terbabit tidak dapat dipandu keluar.
Menurut pihak polis, treler bersebelahan parkir turut disimen ke tanah sebelum sangkar dibina menggunakan perancah besi berdekatan kereta.
Inspektor Polis Mid Sussex, Darren Taylor yang mengendalikan insiden itu terkejut dengan situasi tersebut apabila tiba di lokasi kejadian.
“Selama lebih 20 tahun dalam bidang kepolisan, saya telah menangani banyak pertikaian jiran dan masalah parkir.
“Bagaimanapun, kami belum lagi berdepan situasi seperti ini di Haywards Heath. Saya perlu bercakap dengan individu yang bertanggungjawab dan merasakan tindakan ini boleh diterima sambil melakukan perkara ini kepada kenderaan orang lain,” katanya.
Dia menambah, pihaknya sedang meneliti kesalahan yang boleh disiasat dalam insiden ini. – agensi.
- BACA: TOYOTA SUPRA MK4 ‘TUMPANG’ PARKIR ATAS HONDA. KOT IYE PUN TAK SUKA HONDA
- BACA: BERANG DIPECAT, PEMANDU PARKIR TRAK SEMI VOLVO ATAS FERRARI GTC4LUSSO BOS
- BACA: BENGANG KENA SAMAN, LELAKI INI RAKAM 400 GAMBAR KESALAHAN PARKIR PEGAWAI PENGUATKUASAAN
- BACA: TOYOTA SIENTA JDM ADA SONAR ELAK KEMALANGAN DI RUANG PARKIR