Buletin

MOTOGP: QUARTARARO KE HONDA, JORGE MARTIN KE YAMAHA MUSIM 2027

Belum sempat musim 2026 Kejuaraan Dunia MotoGP membuka tirai namun berita tergempar sudah pun timbul dari kem Yamaha. 

Ini kerana timbul laporan bahawa pelumba tonggak Yamaha, Fabio Quartararo bakal meninggalkan pasukan itu pada penghujung musim ini bagi menyertai pasukan pesaing, Honda. 

Lebih menarik, Motorsport.com mendakwa Quartararo telah pun menandatangani kontrak dua tahun bersama HRC. 

Pelumba Perancis itu merupakan pelumba terakhir yang berjaya menghadirkan kejuaraan dunia bagi Yamaha dan dia kekal sebagai pelumba terbaik pasukan itu sejak 2021. 

Kehilangan Quartararo, apatah lagi kepada pasukan lawan pastinya memberikan impak pada Yamaha. 

Ini kerana sekiranya laporan itu benar, ini bermakna Quartararo akan meninggalkan projek V4 yang bakal diguna pakai buat julung kalinya musim ini. 

Menariknya, sejurus selepas berita mengejut mengenai Quartararo diterbitkan, Yamaha dikhabarkan sudah pun mencari pengganti menerusi juara dunia musim 2024, Jorge Martin. Menurut Motorsport.com perbincangan antara Yamaha dan Martin telah pun memasuki peringkat akhir.

Google ads
Back to top button