Buletin

“MOTOR SAYA ADA MASALAH CENGKAMAN DI SELEKOH KIRI” – HAFIZH

Hafiz sekali lagi meluahkan perasaannya tentang kesukaran mengawal jentera KTM RC16 dalam perlumbaan MOtoGP Sachsenring yang baru tamat awal malam tadi.

“Pada permulaan perlumbaan saya berasa bagus. Semuanya terkawal dan jentera nampaknya mula serasi.

“Namun selepas lap ke 10, kami mula ketinggalan dan semakin ketinggalan pada pusingan berikutnya. Saya hilang cengkaman di selekoh kiri. Tayar belakang motosikal ini terlalu mudah ‘spin’ dan pada banyak situasi, jentera menggelongsor dengan kuat.

“Saya tidak dapat menunggang dengan selesa dan bergelut di selekoh, terutamanya pada selekoh kiri.

“Saya akan terus berusaha, walaupun kami akan berhenti untuk musim panas, saya berharap pasukan dapat memperbaiki mana-mana yang perlu untuk pusingan seterusnya.

BACA: MARQUEZ JUARA MOTOGP JERMAN

Google ads
Back to top button