BuletinMotosikal

MOTOGP JERMAN. MARC MARQUEZ THE SACHSEN-KING!

Ini antara litar kegemaran anak muda ini. Marc Marquez sekali lagi membuktikan beliau adalah “raja” di Sachsenring. Kemenangan ke-10 di litar ini bukan sahaja sukar dinafikan, malah sejak Rins terbabas, beliau hampir tidak dicabar langsung oleh mana-mana pelumba lain.

Bermula di petak hadapan bersama Fabio Quartararo dan Maverick Vinales. Beliau nampak cukup selesa memandangkan pencabar terdekat kutipan mata kejuaraannya, Andrea Dovizioso hanya bermula di petak ke-13.

Sebaik permulaan dilepaskan, Fabio Quartararo sempat memimpin perlumbaan namun Marquez memintas dengan mudah dan berada di hadapan Vinales dan Miller pada selekoh pertama.

Malang bagi pelumba harapan Petronas-SRT Fabio Quartararo terbabas di pusingan pertama.

Menjelang lap ketiga, pelumba Suzuki Alex Rins merampas kedudukan ketiga selepas memintas Miller dan Dovizioso berjaya merapatkan kedudukan pada posisi ke tujuh. Malang bagi pelumba KTM-Redbull, Johann Zarco yang terbabas.

Menjelang lap ke lima, kedudukan sekali lagi bertukar. Alex Rins, buat pertama kalinya membawa Suzuki ke posisi kedua memintas Yamaha-Vinales. Dovizioso juga memintas Petrucci untuk ke posisi ke enam.

Perlumbaan berterusan dengan jarak Marquez yang kian melebar. Pada saat ini, Valentino Rossi berada di posisi ke sembilan.

Menjelang lap ke 16, Marquez semakin selesa dengan lebih 3 saat di hadapan Alex Rins. Rins yang berusaha untuk merapatkan jurang bagaimanapun sedikit leka ketika selekoh menurun dan menyebabkan beliau terbabas dan terkeluar dari saingan.

Jarak semakin jauh dengan beza 5 saat antara MArquez dan Vinales yang mengambil posisi Rins.

Marquez terus memimpin sehingga akhir perlumbaan dengan jurang hampir 7 saat. Vinales dengan Crutchlow macam cari pusing pasar malam cari nasi ambeng.

Dalam race ni juga, Marquez sekali lagi korner lipat 66 darjah.

Makan apa budak ni ha?

BACA: MOTOR SAYA MASALAH DI SELEKOH KIRI

Oh lupa. Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 16.

Google ads
Back to top button