Buletin

MAZDA TUKAR NAMA ATENZA KEPADA MAZDA6 DI JEPUN

Mazda Motor Corp. baru-baru ini menyatakan bahawa ia akan menjenamakan semula model Atenza di pasaran Jepun dengan nama Mazda6 untuk meningkatkan lagi nilai dan kesedaran jenama Mazda. 

Sejak dahulu lagi, sedan segmen D itu dikenali sebagai Atenza di Jepun. Mazda dilapor akan menyatukan nama Mazda6 apabila model terkini dilandarkan pada 1 Ogos depan. Ia hadir dalam varian sedan dan station wagon. 

Pada Mei lalu, Mazda menukar nama Axela kepada Mazda3 dan merancang untuk mengubah nama model kompak Demio kepada Mazda2 tidak lama lagi. 

Namun begitu, nama Mazda roadster yang dikenali sebagai Mazda MX-5 Miata dikekalkan.

“Kami menghasilkan kereta menggunakan inovasi dan  teknologi yang sama. Jadi, kami mahu penguna terus memilih Mazda kerana jenamanya,” kata Pengurus Eksekutif Mazda, Kazayuki Fukuhara. 

Google ads
Back to top button