Buletin

PASUKAN PENGELUAR LANCIA SAHIH AKAN MENYERTAI WRC2 MUSIM 2026 DENGAN YPSILON RALLY2 HF INTERALE

Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, akhirnya Lancia mengesahkan bahawa mereka akan menyokong penuh penyertaan model rali serba baharu Ypsilon Rally2 HF Integrale bagi menyertai perlumbaan FIA World Rally Championship musim 2026 bagi kelas WRC2.

Ianya adalah penglibatan melalui kilang oleh pengeluar dari Itali itu di peringkat dunia dalam beberapa dekad dan merupakan hasil usahasama diantara Lancia dan Stellantis Motorsport. Jurutera telah memanfaatkan pengalaman Rally2 selama bertahun-tahun merentasi program Peugeot dan Citroën untuk mencipta pesaing yang handal serta bertujuan untuk bersaing bagi kemenangan WRC2 bermula dengan penampilan sulungnya di Rallye Monte-Carlo pada tahun hadapan.

Jentera Ypsilon Rally2 HF Integrale menggabungkan rangka badan serba baharu dengan agihan berat yang disemak semula, aerodinamik yang dikemas kini dan konsep turbo dan anti-lag baharu yang diperoleh daripada aktiviti perlumbaan Stellantis selama ini.

Trenkuasa jentera baharu ini masih lagi menggunakan nadi yang serupa terdapat di model Citroen C3 Rally2 yang mana enjin ini menggunakan enjin turbo 1.6 liter yang menghasilkan 287 HP, kotak gear berjujukan SADEV lima kelajuan, pembezaan mekanikal hadapan dan belakang serta peredam boleh laras tiga hala Reiger. Jentera Ypsilon Rally2 HF Integrale telah pun menjalani sesi pandu uji di Pergunungan Alps Perancis dan di Balocco, tempat uji kaji tradisional Lancia.

Kehadiran semula jenama Lancia ini disifatkan cukup berstruktur Stellantis Motorsport dan terperinci dengan pengenalan model awal seperti Ypsilon Rally4 HF dan Ypsilon HF Racing untuk asas sebuah jentera rali. Menariknya ketiga – tiga model jentera rali ni sudah boleh dibeli dan ditempah melalui Stellantis Motorsport Racing Shop dengan penghantaran pertama kepada pelanggan Rally2 dirancang untuk suku pertama 2026 di bawah kawalan kos FIA Rally2.

Jenama ini juga akan menyokong pemandu persendirian dan pasukan pelanggan merentasi WRC2, ERC dan siri kebangsaan utama di Itali, Perancis, Sepanyol dan Belgium. Dijangkakan jentera Ypsilon Rally2 HF Integrale ini dijangka membuat lapan kemunculan dalan pentas WRC2 musim hadapan setidaknya.

Walau pun masih lagi tiada pengesahan sebarang nama pemandu, namun diduga pemandu dari Perancis Yohan Rossel yang memandu Citroen C3 Rally2 dijangka menyertai pasukan ini dengan membawa pengalaman luas beliau selama ini.

BACA : LANCIA SAHIH AKAN MENGHASILKAN MODEL YPSILON RALLY2 HF INTEGRALE. SANG LAGENDA BERSEDIA UNTUK KEMBALI!

BACA : TROFEO LANCIA RALLY 2025 DILANCARKAN. PENCARIAN PEMANDU DAN PASUKAN UNTUK BERAKSI DALAM ERC MUSIM 2026

Google ads

B K

Back to top button