
Buletin
TROFEO LANCIA RALLY 2025 DILANCARKAN. PENCARIAN PEMANDU DAN PASUKAN UNTUK BERAKSI DALAM ERC MUSIM 2026
Tahun lepas dunia rali digembirakan dengan pengumuman bahawa sebuah jenama yang lagenda dalam sukan rali, Lancia akan kembali semula ke pentas rali setelah lama menghilang melalui model Lancia Ypsilon Rally4 HF. Dan untuk 2025 ini, ianya sahih bahawa model tersebut akan mula beraksi secara rasmi. Jom kita baca apa yang menarik tentang model Lancia Ypsilon Rally4 HF ini dan juga Trofeo Lancia Rally 2025.
- Model Ypsilon Rally4 HF ini direka kejuruteraan khusus untuk persaingan yang menggabungkan teknologi canggih dengan prestasi yang luar biasa sebagai menandakan kemunculan semula Lancia dalam sukan rali.
- Ianya dikuasakan oleh enjin turbo 1.2 liter yang menghasilkan 212 HP, kereta itu menampilkan transmisi manual 5-kelajuan yang dihasilkan oleh SADEV dan pembezaan gelinciran terhad mekanikal, memberikan pengurusan dan kawalan kuasa yang optimum.
- Menggunakan sistem suspensi McPherson dan Ohlin boleh laras memastikan pemandu dapat membuat tetapan yang diinginkan mengikut kesesuaian permukaan perlumbaan.

- Model ini dibangunkan bersama lagenda rali Miki Biasion selaku juara rali dunia dua kali untuk memberikan input penting terhadap model rali ini. Malahan model jalanan untuk model ini berupaya mencatatkan kuasa maksimum sehingga 280 HP membuktikan bahawa model Ypilson ini bukanlah model biasa – biasa.
- Model Ypilson serba baharu ini sebenarnya menandakan permulaan era baharu untuk Lancia yang akan ditawarkan dengan varian hibrid mahu pun elektrik sepenuhnya.
- Lancia dan Sparco memperbaharui kerjasama mereka, dengan Sparco akan menyediakan kedua-dua peralatan teknikal dan keselamatan untuk kenderaan, serta peralatan profesional untuk pemandu, termasuk sut, seluar dalam, sarung tangan dan kasut, semuanya direka untuk memenuhi standard keselamatan dan keselesaan tertinggi. Paling penting, tempat duduk Sparco Matrix 8855-2021 turut digunakan untuk model Rally4 ini.

- Khabarnya sejumlah 90 unit Ypsilon Rally4 HF telah terjual dalam masa empat bulan menjadikannya sebagai sebuah model permulaan rali yang paling hangat ketika ini.
- Model Ypsilon Rally4 HF ini akan membuat penampilan sulung dalam Kejohanan Rali Itali 2025 dengan Trofeo Lancia yang pertama, menawarkan pemandu peluang unik untuk bersaing dan terus berkembang dalam dunia rali, dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai kira-kira €300,000. Paling penting adalah peluang untuk mengambil bahagian dalam kejohanan FIA European Rally Championship (ERC) bersama pasukan Lancia Corse HF.
- Pendaftaran untuk Trofeo Lancia ini telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan membabitkan 40 penyertaan termasuklah lebih daripada separuh penyertaan diterima untuk mereka yang dibawah 35 tahun bagi membolehkan bertanding untuk merebut kerusi pemandu ke ERC 2026.
BACA : LANCIA KEMBALI SEMULA KE DUNIA RALI DENGAN MODEL YPSILON RALLY4 HF
BACA : INILAH LANCIA STRATOS, KERETA RALI LEGENDA 70 AN + MARKKU ALÉN



