,
Artikel PilihanBuletin

PERODUA YAKIN CATAT REKOD JUALAN TERTINGGI DALAM SEJARAH!

Berdasarkan prestasi jualan semasa, Perodua telah membuat penilaian semula terhadap sasaran jualannya pada tahun ini. Mereka telah meningkatkan sasaran sebanyak 235,000 unit, lebih 4,000 unit dari yang diunjurkan sebelum ini, 231,000 unit.

Pada tahun 2018, Perodua menjual 227,243 kenderaan yang mana merupakan pencapaian jualan tahunan tertinggi dalam sejarahnya.

Bagi separuh pertama 2019, Perodua menjual kira-kira 121,800 kenderaan – peningkatan 4% daripada 117,100 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lepas – disokong oleh permintaan yang memberangsangkan untuk semua modelnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, dari Januari hingga Jun 2019, 190,765 tempahan telah diterima, iaitu peningkatan lebih 3 % daripada 184,949 tempahan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Peningkatan permintaan bagi kenderaan kami dalam tempoh enam bulan pertama 2019 telah memberi kesan positif terhadap ekosistem automotif secara keseluruhan, dengan pembelian komponen berjumlah RM2.7 bilion dalam tempoh ini,” kata Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Berdasarkan ramalan kami untuk separuh kedua tahun ini, kami menjangkakan perbelanjaan keseluruhan 2019 sebanyak RM5.4 bilion untuk membeli komponen untuk “Kami telah mencapai satu tahap di mana kami berusaha keras untuk membina jenama kami di luar negara secara berperingkat dan berterusan.

Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan masa yang panjang. Kami berharap agar kami dapat membanggakan rakyat Malaysia,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif berkata Perodua juga bekerjasama dengan Daihatsu Motor Company Jepun untuk membangunkan lagi pembekal komponen tempatannya dan meneraka pasaran di luar Malaysia, dan ini merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk membina industri sokongan automotif Malaysia.

Mengenai ramalan untuk separuh kedua 2019, Dato Zainal berkata, “Bank Negara telah mengurangkan kadar avernight policy (OPR), yang mana membantu meningkatkan perbelanjaan pengguna.

“Perkembangan ini baik untuk industri, tetapi harus diingatkan bahawa tahun lepas terdapat insentif yang besar untuk membeli kenderaan, dengan adanya cuti cukai yang diumumkan selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Mengikut angka dalaman kami, industri telah mengatasi jangkaan pada separuh pertama tahun ini -jumlah jualan kenderaan (TIV) meningkat 2.4 % kepada 296,800 unit,” kata Dato’ Zainal.

Beliau menjelaskan bahawa insentif cuti cukai telah memberi kesan sementara kepada pasaran di mana syarikat automotif dan pengguna mengambil kesempatan daripadanya.

“Dengan ini, kami percaya bahawa separuh kedua tahun ini tidak akan sehebat tahun lepas.

Momentum pada separuh pertama mungkin menurun menjelang separuh kedua tahun ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

Tertakluk kepada laporan rasmi Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Perodua menjangkakan TIV 2019 kekal pada 600,000 unit.

Google ads
Back to top button