Buletin

PENGECUALIAN CUKAI SST KENDERAAN DILANJUTKAN HINGGA DIS 2021

Dalam Perutusan khas yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin sebentar tadi, pengecualian cukai Jualan SST bagi kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) akan disambung sehingga Disember 2021.

Insentif pengecualian cukai jualan di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) itu diperkenalkan oleh kerajaan pada Jun 2020 bagi merancakkan kembali sektor automotif yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19.

Ia sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2020, kemudian disambung sehingga 30 Jun 2021. Pengumuman terkini itu seterusnya melanjutkan tempoh pengecualian sehingga 31 Disember 2021, enam bulan lagi.

Bagi pengguna, ini sememangnya satu perkembangan positif kerana mereka boleh mendapat penjimatan ketika hendak membeli kenderaan. Apatah lagi ketika hampir semua pengeluar sukar untuk memenuhi tarikh akhir untuk membolehkan pelanggan mereka menikmati pengecualian cukai berkenaan.

Sebelum ini, seorang rakan dari syarikat pengeluar kenderaan Jepun ada memberitahu ramai pelanggannya yang terpaksa membatalkan tempahan kerana tahu mereka tidak akan sempat untuk mendaftarkan kereta sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Berita lanjut menyusul…

Google ads
Back to top button