Artikel PilihanBuletin

RECALL UNTUK SEMUA TRAK RAM. ISU TAYAR TERCABUT

Lebih 500,000 ribu unit trak Ram akan dipanggil (lagi) apabila pihak berkuasa Amerika mendapati tayar belakang trak ini boleh tercabut secara tiba-tiba. Panggilan semula ini dibuat untuk semua trak Ram yang memiliki 2 tayar pada gandar belakang yang dipanggil duallys

Antara model yang terlibat ialah Ram 3500 pikap, Ram 4500 trak dan Ram 5500 trak bermula dari tahun 2012. Pemilik jenama Ram iaitu Stellantis berkata masalah ini berpunca daripada spesifikasi tork pada lug nut yang digunakan untuk memasang tayar trak tersebut.

Manual servis dan buku manual yang dibekalkan pada pemilik meletakkan nilai tork yang salah bagi mengetatkan nut apabila memasang semula tayar menjadikan sesetengah nut lug terlalu ketat. Keadaan ini akan merosakkan wheel studs dan mneybabkan tayar terpisah dan terjatuh dari trak ketika dipandu

“Tiada kecactan komponen kenderaan yang terlibat dan tork yang dikenakan ketika kenderaan dipasang masih lagi dalam julat spesifikasi rekaan. Panggilan semula ini hanya melibatkan kenderaan yang telah membuka gandar tayar belakang atau manukar mana-mana komponen berkaitan tayar belakang sahaja” mengikut kenyataan akhbar Stellantis

“Pihak pengedar Ram akan dibekalkan dengan arahan SOP servis terbaru, kenderaan Ram terbaru akan menggunakan SOP terbaru dan kempen panggilan semula ini hanya melibatkan kenderaan Ram yang menggunakan tayar belakang berkembar dengan lug nut flanged”.

Buat masa ini Stellantis menyatakan tiada laporan yang dibuat berhubung dengan kemalangan dan kecederaan akibat kecacatan prosedur servis yang lama ini. Pihak Stellantis juga menyediakan satu web khas untuk pemilik menyemak kenderaan mereka terlibat dengan panggilan semua berdasarkan nombor cesi.

Google ads
Back to top button