,
Buletin

POLIS DUBAI PUN NAK PAKAI CYBERTRUCK

Apabila bercakap tentang kereta polis salah satu negara yang paling dominan barisan kereta peronda mereka ialah Dubai. Mereka ada Lamborghini Aventador, Ferrari FF dan Bugatti Veyron.

Terbaru, Dubai akan menambah Tesla Cybertruck dalam fleet kereta perkhidmatan polis mereka. Ya. trak yang menjadi bahan jenaka orang sejak beberapa hari lepas, tapi larisnya dah cecah lebih 200,000 unit ditempah meskpipun ia hanya akan dihantar pada tahun 2021 nanti.

Menurut laporan Arabian Business, Ketua polis Dubai,Jeneral Abdulllah Khalifa Al Marri memberitahu bahawa Tesla Cybertruck akan “meningkatkan tahap keselamatan di kawasan tumpuan pelancong seperti Burj Khalifa, Sheikh Mohammed Bin Rashid Boulevard, Jumeirah Beach Residence dan La Mer.”

Tapi realitinya ialah, kami tak fikir pun trak ni akan lakukan tugas pengawasan yang diperlukan. Lebih kepada “pertunjukan” di Dubai sama seperti Lambo dan Ferrari FF.

Namun bagaimanapun, ia memang sesuai jadi kenderaan perlindungan sebab binaannya yang lasak. Badan trak pikap ini dibina menggunakan material aloi keluli yang tahan lekuk, tahan karat dan tahan calar.

Berbeza dengan trak pikap lain yang biasanya menggunakan reka bentuk badan di atas kerangka, Tesla Cybertruck dibina di atas kerangka monocoque.

GALERI

Google ads
Back to top button