Buletin

FORD RANGER RAPTOR DIUJI OLEH POLIS UK!

Kenderaan polis di serata dunia sememangnya beraneka jenis. Dari sekecil kereta bandar sehinggalah model eksotik di Timur Tengah. Bagaimana pula dengan pikap berkuasa tinggi?

Ini berita dari United Kingdom, pasukan polis negara itu bakal memulakan sesi percubaan pikap Ford Ranger Raptor yang didahului oleh Polis South Wales.

Ford tidak mendedahkan spesifikasi rasmi sama ada dilengkapi ubahsuai khusus kecuali kelajuan 168 km/j dan ciri standard lain seperti suspensi Fox dan mod pemanduan Baja.

Tanpa pengubahsuaian khusus, Ranger Raptor sememangnya pikap berkuasa tinggi dan mampu untuk menjangkaui pelbagai jenis muka bumi dalam menjalankan kerja jika dipilih sebagai kenderaan polis.

Selain Ranger Raptor, Polis UK bakal menilai sebuah lagi model berprestasi iaitu Ford Focus ST. 

Kedua-dua model ini adalah hasil kerja Special Vehicle Preparation Ford di Essex.

Ford Ranger Raptor dikuasakan enjin 2.0L diesel dengan turbo berkembar yang dipadankan bersama transmisi 10 kelajuan automatik.

Pikap dengan pacuan empat roda itu mampu menghamburkan kuasa 201 hp dengan tork 500Nm.

Dari luaran, Ranger Raptor kelihatan begitu menyerlah dengan fender lebar dan kombinasi roda 17 inci dan tayar tebal BF Goodrich AT.  

Ranger Raptor juga nampak perkasa dengan jarak kelegaan bumi 11 inci lebih tinggi berbanding Ranger biasa.

Selain penampilan hebat, Ranger Raptor dilengkapi pelbagai ciri keselamatan seperti enam beg udara, ABS dengan EBD, Bantuan Brek, Kawalan Penstabilan, Kawalan Penurunan Curam dan kerusi belakang dengan cangkuk ISOFIX.

Padan dengan spesifikasi yang sarat dan berkuasa tinggi, Ford Ranger Raptor dijual di pasaran tempatan pada harga RM199,888.

BACA: INI KOS PENJAGAAN SEBUAH FORD MUSTANG!

Google ads
Back to top button