Buletin

PORSCHE 911 BAHARU DILANCARKAN! BERMULA RM1.1 JUTA SAHAJA!

Sime Darby Auto Performance (SDAP) pemegang hak jenama Porsche di Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan kereta sport ikonik dunia model terbaru 992.

Ia dilancarkan di Litar Antarabangsa Sepang (IC) bersempena dengan Kejohanan Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) pusingan 6, 7 dan 8 yang akan berlangsung sepanjang hujung minggu ini.

Malaysia mendapat keutamaan kerana pasaran ini penting bagi Porsche. Tahun lalu, Malaysia merupakan negara paling banyak menjual 911, tertinggi di kalangan pasaran Porsche Asia Pasifik!

Dipadankan dengan enjin boxer enam selinder paling berkuasa setakat ini dalam keluarga 911. Enjin ini menghasilkan 450 kuasa kuda dan 530Nm tork (untuk model S). Ia diperbaiki berbanding model sebelumnya (+30hp/+30Nm) dengan sistem suntikan baru dan rekaan pengecas turbo terkini.

Model baru ini juga didatangkan dengan Porsche Wet Mode membolehkan pemanduan di permukaan jalan basah lebih selamat dan satu lagi ialah Might Vision Assist yang didatangkan dengan kamera imej thermal.

Ia dilengkapi dengan roda 20 inci di hadapan dan 21 inci di belakang. Di bahagian hadapan, badan 911 baharu ini 45mm lebih lebar dan lampu belakang LED yang bersambung di kedua-dua arah kiri dan kanan.

Bahagian dalamannya dilengkapi dengan monitor 10.9 inci diintegrasikan bersama Porsche Communication Management (PCM). Tidak seperti kereta-kereta moden yang dihiasi gadget dan skrin digital di sana sini, kereta ikonik ini masih menggunakan dial tradisional mengekalkan imej tradisinya.

Harga jualan bagi Porsche Carrera S ialah RM1,150,000 sementara model Carrera 4S ialah RM1,220,000.

Tempahan sudah dibuka.

Hah. Tunggu apa lagi?

GALERI

Google ads
Back to top button