BuletinMotosikal

DUCATI PANIGALE V4 25 ANNIVERSARIO 916. EDISI TERHAD LAGENDA 916!

Jika ada sebuah sportbike yang telah mengubah kedudukan syarikat pembuat motosikal Ducati pada hari ini maka ianya ialah model 916. Ia sebuah motosikal yang hadir ketika ‘big four’ Jepun sedang rancak membangunkan motosikal supersport yang laju.

Tapi Ducati melahirkan sebuah motosikal unik. Dengan enjin Desmodromic V twin berkuasa 120hp, rekabentuknya sangat berbeza dengan majoriti motosikal yang dihasilkan pada penghujung 90-an.

Sepasang ekzos diletakkan di bawah pelana belakang, single swing arm, kerangka jenis treelis dan juga fork hadapan Showa jenis USD. Secara keseluruhannya, ia sebuah motosikal yang sangat cantik.

dan seksi…

Hari ini, demi meraikan ulangtahun ke-25 model lagenda 916 tersebut, Ducati menghasilkan edisi terhad Panigale V4 25 Anniversario 916 dan sebelum anda berkira-kira untuk memilikinya, faktanya, hanya 500 unit sahaja yang akan dihasilkan.

Pemerhati pasaran menjangkakan model ini akan habis dalam tempoh yang cepat.

Menurut jurucakap Ducati, model ini dipadankan dengan komponen perlumbaan khusus dan ia akan dihasilkan mengikut turutan nombor siri yang akan dicetak pada clamp bar hendal atas.

Bagi memberi penghormatan terhadap model ini, pasukan Aruba.it Racing, pasukan yang bertanding dalam WSBK minggu ini di litar WeatherTech Raceway Laguna Seca akan menggunakan grafik mereka.

Álvaro Bautista dan Chaz Davies akan menggunakan dua buah motosikal. Buat masa ini, Bautista berada dalam kedudukan P2 dalam WSBK Championship Series, 24 di belakang juara bertahan Jonathan Rea. Davies pula berada di tangga P8 di belakang Rea, 146 poin.

Tags
Google ads
Back to top button