Buletin

PROTON R3 BAGI DUIT PADA SIAPA YANG KREATIF CIPTA LIVERY KERETA MEREKA

Pasukan PROTON R3 telah melancarkan satu peraduan yang membolehkan para peserta menyertai pasukan tersebut dan turut berpeluang melihat sendiri rekaan mereka diletakkan pada kereta lumba PROTON.

Peraduan Design For Speed menjemput semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menghantar rekaan paling kreatif mereka untuk diletakkan pada kereta lumba Proton Saga yang akan dikendalikan oleh R3 dalam perlumbaan S1K bermula dari 22-24 November nanti.

Hadiah wang tunai akan diberikan kepada tiga pereka terbaik serta jemputan VIP untuk menghadiri perlumbaan tersebut. Pemenang hadiah utama akan menyaksikan rekaan mereka dihiaskan pada salah satu daripada dua Proton Saga R3 yang menyertai perlumbaan itu, dan ini memastikan rekaan mereka dilihat oleh ribuan peminat perlumbaan Malaysia.

“Ini merupakan kali pertama R3 menjemput orang ramai menghantar satu rekaan untuk salah sebuah kereta lumba kami. Kami ingin para pemenang peraduan merasai sendiri pengalaman menjadi sebahagian daripada pasukan yang paling berjaya dalam S1K di mana rekaan mereka akan dibawa mengelilingi litar.

Pemenang Pencarian Pelumba Wanita juga akan bersaing pada acara yang sama bersama pemandu sedia ada kami, jadi pasukan R3 sangat menantikan acara ini di mana kami mengharapkan kemenangan kelima dan ketiga berturut-turut,” tambah Gary Lee.

Butiran lanjut mengenai peraduan dan bagi mendapatkan templat rekaan, sila layari: https://www.proton.com/en/promotions/design-for-speed-contest-2019

Google ads
Back to top button