PROTON SUPRIMA S DAN IRIZ MENANG DI PERLUMBAAN MCS 2019!
Pasukan PROTON R3 (R3) dan Proton Iriz 2019 menguasai Pusingan 4 Siri Kejuaraan Malaysia 2019 (MCS) dengan meraih dua kemenangan, sekaligus menjadikan pemandu-pemandu pasukan, Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali sebagai pemenang keseluruhan bagi kelas M-pengeluaran.
Pada masa yang sama, Proton Saga 2019 turut berlumba buat kali pertama yang dipandu oleh Admi Shahrul yang membuat kemunculan semula.
Selepas layak pada tapak perlumbaan yang ketujuh, jentera baharu itu berjaya menduduki tempat keempat dalam perlumbaan pertamanya sebelum berjaya mendapat podium di tempat ketiga dalam perlumbaan kedua pada hari Ahad.
Pasukan PROTON R3 sasar kemenangan MCS dan Sepang 1000km pada bulan November Selepas memenangi perlumbaan selama satu jam pada Pusingan 4 MCS di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Pasukan PROTON R3 kini mendahului kedua-dua kategori pemandu dan pasukan dalam kejuaraan bagi kelas M-Pengeluaran.
Dengan hanya satu pusingan lagi dalam siri 2019 ini, pasukan itu yakin mampu mengekalkan kedua-dua gelaran.
Dalam perlumbaan pertama, Suprima S dan Iriz milik pasukan PROTON R3 memulakan perlumbaan di barisan hadapan dan telah bekerjasama mengekalkan kedudukan tersebut.
Pengendalian hebat dan sokongan pit yang padu berjaya membawa kedua-dua kereta tersebut menamatkan saingan di kedudukan 1 dan 2 di mana Iriz peroleh tempat pertama. Sementara itu pula, Saga pula menduduki tempat keempat dan membuktikan bahawa model tersebut turut dilengkapi kelajuan dan pengendalian sama hebat untuk muncul dan memberi cabaran di perlumbaan itu.
Bagi perlumbaan kedua, Iriz kekal sebagai kereta terpantas dan telah meraih kemenangan kedua pada hujung minggu lalu. Saga kemudian memperbaiki prestasinya dengan melebihi satu mata yang membolehkannya menduduki tempat ketiga sekaligus mendapatkan kedudukan podium untuk perlumbaan pertamanya itu.
“Pusingan keempat perlumbaan MCS sangat mencabar kerana kami mahu mencapai mata tertinggi dan pada masa yang sama berusaha untuk meningkatkan keupayaan kereta lumba Iriz dan Saga 2019.
Kedua-dua kereta mempamerkan kehebatan masing-masing, terima kasih kepada kualiti prestasi kereta-kereta jalan raya, dan kami akan menggunakannya untuk perlumbaan Sepang 1000KM (S1K) edisi 2019. Bagi MCS pula, tinggal satu lagi pusingan dan kami yakin dapat mencapai sasaran dan mengekalkan kedua-dua gelaran juara,” kata Gary Lee, Ketua Pasukan PROTON R3.