Buletin

PROTON X70 CKD BERMULA RM93,800. PREDIKSI HARGA TULAR DI LAMAN BUAL WHATSAPP

Proton X70 2020 atau kita kenalinya sebagai Proton X70 CKD akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri TUn Dr Mahathir Mohamed esok di Ibu Pejabat Proton di Shah Alam.

Meskipun harga sebenar hanya akan diketahui esok, di laman aplikasi whatsapp dan beberapa kumpulan perbualan sudah berkongsi maklumat harga yang dijangka akan turun berbanding model import CKD dari kilang pemasangan Geely di China.

Adalah dipercayai, harga tersebut dikongsi oleh pengedar Proton dan berdasarkan pengalaman kami, lazimnya ramalan harga yang dikongsikan hampir tepat dan kadangkala 100 peratus tepat.

Menurut rakan media funtasticko.net, mereka mendapat informasi harga terkini model Proton X70 2020 (CKD) mengikut varian seperti di bawah:

  • Varian Standard  1.8 liter TGDi 2WD – RM93,800 (Turun RM6,000 dari RM99,800.00)
  • Varian Executive  1.8 liter TGDi  2WD – RM99,800.00 (Turun RM10,000 dari RM109,800.00)
  • Varian Premium 1.8 liter TGDi 2WD (Tiada bumbung suria) – RM108,800.00
  • Varian Premium X – 1.8 liter TGDi 2WD (Dengan bumbung suria) – RM116,800.00 (Turun RM7,000 dari Varian Premium (CBU) RM123,800.00)

Apa pendapat anda?

Google ads
Back to top button