Artikel Pilihan

TOYOTA MEGA CRUISER YANG SAMA MACAM HUMMER

Sebut tentang pikap / kenderaan 4WD milik Toyota, kita pasti terbayang akan susuk tubuh Hilux mahupun Pajero. Sesekali adalah juga terbayang Prado untuk saiz yang lebih besar. Tentu kebanyakkan pembaca tidak pernah terlintas akan kewujudan Toyota Mega Cruiser ini.

Ia, sekali imbas serupa macam Hummer H1. Sekadar sedikit perbandingan, Toytota Mega Cruiser ini lebih tinggi 7 inci dan panajng sedikit 16 inci berbanding Hummer H1 buatan Amerika Syarikat. Ini sekaligus menjadikan Toyota Mega Cruiser ini adalah model 4WD terbesar dalam keluarga Toyota yang pernah dibina.

Toyota Mega Cruiser ini mula diproduksikan pada tahun 1995 dan ianya adalah khusus untuk kegunaan tentera dan perkhidmatan awam lain di Jepun. Untuk jualan kepada orang awam mempunyai limitasi tertentu. Maka beruntunglah kepada mereka yang pernah memilikinya suatu ketika dahulu. (Khabarnya Toyota hanya memproduksi sejumlah 3,000 unit sahaja dan 133 adalah untuk jualan kepada orang awam sahaja). Ianya mempunyai dua baris tempat duduk sahaja dengan dua di hadapan dan empat di belakang. Ini bermakna Toyota Mega Cruise ini mempunyai ruang cargo yang cukup luas sebenarnya. Bentang toto, boleh baring untuk tiga orang anak kecil.

Menggerakkan tubuh SUV yang super bagak ini adalah enjin turbodiesel 15B-FT yang bersesaran 4.1 liter yang dipadankan dengan kotak gear auto empat kelajuan. Kuasa kudanya pula sekitar 152 hp dan tork . Bolehlah nak menggerakkan Toyota Mega Cruiser yang mempunyai berat 3 tan ini. Untuk melepasi laluan yang sempit dan berliku, roda bahagian belakang juga sebenarnya boleh digerakkan ke kiri dan ke kanan. Baru real sebuah SUV Tentera.

Sebenarnya suka untuk Brader Karrager kongsikan satu perkara bahawa Toyota Mega Cruiser ini turut pernah wujud di Malaysia. Tapi tersangatlah sukar untuk menemuinya. Malah kawan Brader Karrager si Chepot itu pun pernah berkongsi gambar di media sosial bersama si Mega Cruiser ini dengan spesifikasi Tentera. Handal betul pemiliknya dapat bertemu.

Malah kini dikhabarkan lagi bahawa Toyota Mega Cruiser ini kini mula diburu oleh para pengumpul tegar di serata dunia sementelah model ini tamat produksinya pada tahun 2002. Menurut sumber rapat Brader Karrager, harga untuk Toyota Mega Cruiser ini boleh mencecah sehingga ke RM300,000 di Indonesia. Bapak kaya!

BACA : HUMMER H1 ELEKTRIK

BACA : TOYOTA HILUX KENDERAAN PALING LARIS DI AUSTRALIA

Google ads

B K

Back to top button