Buletin

PUSAT 3S MODENAS TERBESAR DI MALAYSIA DIBUKA!

Sejak beberapa tahun lalu, Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) aktif dalam memperkembangkan sektor perniagaannya. Mereka menjalinkan kerjasama dengan Kymco dari Taiwan dan kemudiannya Bajaj dari India demi mempelbagaikan produk dan pasaran di Malaysia.

Hari ini, Modenas sekali lagi melakar sejarah dengan membuka pusat pameran dan servis 3S terbesar mereka di Sunsuria Kota Damansara.

Dikenali sebagai MODENAS Power Store ia adalah konsep pertama yang diperkenalkan jenama ini di rantau ASEAN.

Power Store ini memberi tumpuan pada produk segmen street bike, iaitu Modenas Pulsar dan Dominar. selain menjadi pusat jualan, ia turut menawarkan khidmat servis dan pembaikan, servis penyelenggaraan, dan khidmat membekal alat ganti tulen.

Ia tidak sama dengan mana-mana pusat jualan 3S yang pernah anda lihat dalam industri motosikal. Power Store menyediakan ruang menunggu dan selesa dan kalau iman anda tak cukup kuat, ya, boleh terjebak juga beli aksesori seperti helmet, jaket dan macam-macam lagi.

Dengan pengenalan Power Store ini di Malaysia, ia  membolehkan Modenas meningkatkan lagi profil perniagaan mereka di dalam negara,” Ujar  CEO MODENAS, Roslan Roskan. ”

Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa Bajaj Auto Limited berkata juga bersetuju dengan keunikan pasaran Malaysia di mana sejak menjalinkan kerjasama dengan Modenas, mereka telah membawakan model paling laris Bajaj untuk pasaran Malaysia pada harga yang berpatutan. Bajaj membuktikannya sebuah produk yang bagus menerusi penguasaannya dalam pasaran di 70 buah negara lain.

Pusat Modenas Power Store terletak di alamat di bawah:

MODENAS POWERSTORE

3-G, Street Wing, Persiaran Mahogani, Sunsuria Avenue, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

GALERI

Google ads
Back to top button