Buletin

TOYOTA SUPRA 2020 BINTANGI FAST & FURIOUS 9

Proses pembikinan filem francias terkenal, Fast & Furious 9 (FF 9) dilapor sudahpun bermula di Tbilisi, Georgia Amerika Syarkat di mana pelbagai aksi stunt dirakam. 

Berbeza dengan filem Hobbs & Shaw yang tidak menampilkan banyak kereta, FF 9 sebaliknya bakal menampilkan banyak jentera menarik. Seperti yang boleh dilihat beberapa buah Toyita Supra baharu berwarna oran berada di lokasi penggambaran.  

Sedia maklum bahawa Supra baharu tidak didatangkan dalam warna oren dari kilang,

Tetapi pihak produksi mengecat semula kereta tersebut bagi meniru warna Supra tahun 1993 yang dipandu oleh mendiang Paul Walker dalam filem The Fast and the Furious yang ditayangkan pada tahun 2001. 

Berbeza dengan kereta Walker, Supra baharu nampaknya tidak ditampal dengan sebarang pelekat grafik. Namun, tidak mustahil jentera itu nanti ditambah dengan pelekat, selain daripada alat gantia aftermarket yang lain seperti NOS dan sebagainya. 

Penggambaran FF 9 bermula di United Kingdom sebelum berpindah ke beberapa buah negara lain.

Filem yang sangat ditunggu-tunggu ini pada asalnya dijangka ditayangkan pada 19 April 2020, tetapi telah dianjak kepada 10 April 2020 untuk memberi peluang kepada filem Hobbs & Shaw. 

Google ads
Back to top button